KLFW 2024 Akan Diadakan Di Taman KLCC Pada 29 Julai Hingga 4 Ogos – Menampilkan 50 Pereka Dan Jenama Fesyen Tempatan

July 12, 2024
Fesyen

Lina Rosli

Pada tahun ini, Suria KLCC dan KLCC (Holdings) Sdn Bhd telah diumumkan sebagai tuan rumah untuk acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) tahun ini.

Dengan kehadiran sekitar 50 pereka fesyen dan jenama fesyen tanah air, acara fesyen tahunan ini akan diadakan di struktur yang dibina khas, berlatarkan keindahan Menara Berkembar PETRONAS, dari 29 Julai hingga 4 Ogos 2024.

Meliputi seluruh kawasan Esplanade, Taman KLCC, ruang pertunjukkan fesyen khas itu dijangka akan menjadi ikon baharu KLFW. Merangkumi ruang berjumlah 12,000 kaki persegi, struktur setingkat yang boleh memuatkan 500 tetamu pada satu-satu masa.

Selain menyediakan ruang pameran kepada tetamu jemputan, ia juga akan dilengkapi sebuah paparan skrin LED besar yang akan menyiarkan pentas peragaan KLFW 2024 secara langsung, menandakan kali pertama KLFW dibuka kepada orang ramai menerusi cara yang mengujakan.

Menumpukan keinginan untuk memajukan dunia fesyen, KLFW 2024 juga akan dipertingkatkan menerusi kepelbagaian baharu dalam gaya, yang mana tetamu yang hadir pasti akan teruja melihat rekaan kontemporari yang memperluaskan sempadan fesyen, rekaan berani yang mencabar norma-norma tradisi, pakaian jalanan dengan sentuhan sofistikated serta rekaan hibrid yang menggabungkan elemen keselesaan dengan busana

Pada tahun ini juga, KLFW 2024 turut dihadiri beberapa pereka fesyen tempatan baharu seperti Akudesign, Corak, Ghostboy, LARNEY, SHALS, Fuzana Mokhtaza dan Tact. Tidak lengkap acara tanpa kehadiran jenama-jenama terkenal seperti Rizman Ruzaini, Fiziwoo, Nurita Harith dan Alia Bastamam.

Bagi yang tidak mengetahui, KLFW sebelum ini diadakan di Pavilion Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Bintang.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd