KraveBeauty Kongsi Tips Baiki Rutin Penjagaan Kulit Bagi Mendapatkan Kulit Yang Sihat Dan Berseri
Lina Rosli
KraveBeauty percaya bahawa rutin penjagaan kulit yang ringkas adalah kunci untuk mencapai kulit yang sihat dan seimbang.
Bagi anda yang tidak begitu kenal akan jenama KraveBeauty, ia merupakan jenama penjagaan kulit yang diasaskan oleh Liah Yoo, seorang pempengaruh kecantikan yang menekankan falsafah penjagaan kulit yang ringkas dan berkesan.
Untuk menggalakkan orang ramai mengamalkan rutin penjagaan kulit yang betul, Liah Yoo memperkenalkan KraveBeauty – bertujuan untuk mengurangkan kerumitan dalam rutin kecantikan harian.


Produk KraveBeauty direka dengan teliti menggunakan bahan-bahan yang terpilih untuk memastikan keberkesanan maksimum dan mengurangkan iritasi. Mereka mempercayai pendekatan ‘slow down skincare’, memberi fokus kepada kualiti berbanding kuantiti dalam pasaran kecantikan yang sentiasa berkembang pesat.
Perjalanan Menuju Kulit Yang Lebih Sihat Dan Berseri
Sama ada anda mempunyai kulit berjerawat atau berdepan dengan hiperpigmentasi, produk KraveBeauty direka untuk menyokong anda setiap langkah.
Atasi Masalah Kulit Berjerawat
Untuk mengatasi kulit yang berjerawat, KraveBeauty hadir dengan beberapa produk yang direka khusus untuk mengatasi masalah ini. Berikut adalah tips penggunaan dan pemilihan produk yang betul untuk kulit berjerawat:
- Mulakan dengan Matcha Heartleaf Hydrating Cleanser yang kaya dengan antioksidan matcha dan ekstrak heartleaf. Ia membersihkan kulit dengan lembut tanpa menghilangkan kelembapan semulajadi.
- Seterusnya, gunakan Oil La La, serum ringan yang kaya dengan asid linoleik untuk mengawal pengeluaran sebum tanpa menyumbat pori.
- Akhiri rutin anda dengan Oat So Simple Water Cream, pelembap minimalis yang menguatkan penghalang semulajadi kulit.

Atasi Masalah Kulit Hiperpigmentasi
Sekiranya anda mengalami masalah bintik hitam yang menyebabkan kulit tanpa pudar dan kusam, berikut adlaah produk dan langkah penjagaan kulit yang boleh dipraktikkan:
- Pertama, gunakan Great Barrier Relief, serum yang menenangkan dan memulihkan penghalang kulit, mengurangkan kemerahan dan menyokong penyembuhan.
- Kemudian, pasangkannya dengan Oil La La untuk hidrasi intensif dan nutrisi penting.
- Akhir sekali, lengkapkan rutin anda dengan Kale-Lalu-yAHA, toner eksfoliasi yang lembut untuk kulit lebih cerah dan halus.

Dengan ini, di harap KraveBeauty sedikit sebanyak membantu anda mengurus masalah kulit dengan lebih baik tanpa menggunakan terlalu banyak produk dalam satu-satu masa. Menurut KraveBeauty, di dalam setiap produknya, mereka memastikan kulit individu mendapat penjagaan terbaik tanpa perlu menambah bahan tambahan yang tidak diperlukan oleh kulit.