Carian
Christy Ng Telah Memperluaskan Penawaran – Kini Hadir Dengan Kedai Pertama Di Kota Kinabalu
July 16, 2024 Lina Rosli

Jenama fesyen Christy Ng telah melangkah satu lagi tapak besar dalam perjalanan perniagaannya dengan pembukaan cawangan baharu di Kota Kinabalu, Sabah.

Langkah ini menandakan satu lagi inisiatif Christy Ng dalam memperluaskan penawaran mereka dengan memberikan akses fesyen unik dan elegan kepada lebih ramai peminat fesyen di seluruh Malaysia.

Cawangan baharu Christy Ng di Kota Kinabalu menawarkan pelbagai koleksi kasut, beg, dan aksesori – termasuk koleksi kerjasama eksklusif jenama ini. Jenama ini hadir dengan rekaan yang elegan, berkualiti tinggi, dan sesuai untuk pelbagai acara – sekaligus menjadikan Christy Ng antara jenama fesyen terkini pilihan ramai.

Bagi anda yang tinggal di Kota Kinabalu, Christy Ng telah memilih pusat membeli-belah Imago Mall sebagai lokasi pertama mereka di Sabah.

Dengan ini, pelanggan di timur Malaysia kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih mudah dengan kehadiran cawangan fizikal yang membolehkan mereka melihat dan mencuba produk secara langsung.

Komen