Carian
DESCENTE Memperkenalkan Kasut Larian ENERZITE FLUID WIRE 2.0 – Dilengkapi Teknologi Dynamic Fluid Strain-Flow
July 17, 2024 Lina Rosli

DESCENTE mengumumkan pelancaran rasmi kasut larian ENERZITE FLUID WIRE 2.0 – yang merupakan kasut larian dengan kelebihan teknolgi tapak tengah termaju untuk penyerapan hentakan dan kebolehnafasan untuk larian yang stabil dan lancar.

Kasut ENERZITE FLUID WIRE 2.0 ini merupakan keluaran terbaharu DESCENTE yang menggunakan bahan material Dynamic Fluid Strain-Flow pada bahagian depan kaki dan tumit kasut. Dengan penggunaan bahan ini, kasut akan lembut tidak kira sama ada dalam keadaan statik atau dalam pergerakan perlahan.

Kemudiannya, apabila terkena hentakan, kasut ini akan mengeras. Kebolehubahan ini dapat membantu menyerap dan menyebarkan tenaga hentakan yang bertindak sebagai kusyen dan perlindungan tapak kaki untuk pengalaman larian yang lebih selesa. 

Inspirasi reka bentuk bahagian atas kasut ini berasal daripada siri ALLTERRAIN DESCENTE yang menampilkan sistem dwi-zip yang menggabungkan material dalam warna yang sama tetapi dalam tekstur yang berbeza.

Berpegang pada prinsip “form follows function” dan “every design detail serves a purpose”, ENERZITE FLUID WIRE 2.0 menampilkan material mesh pada bahagian atas kasut untuk keselesaan yang tiada tandingan dan pergerakan yang mudah bagi pelbagai jenis aktiviti seperti berlari dan bersenam, dan juga untuk kegunaan harian.

Bagi anda yang ingin mendapatkannya, kasut larian ENERZITE FLUID WIRE 2.0 hadir dengan harga jualan RM980 – dan boleh didapati di DESCENTE, The Exchange TRX.

Komen