Carian
Temple Tree Resort Langkawi Hadir Dengan Pilihan Sajian Masakan Yang Popular Di Seluruh Malaysia
August 8, 2024 Lina Rosli

Baru-baru ini, Temple Tree Resort Langkawi telah memperkenalkan dan menawarkan pengalaman penginapan yang mengasyikkan dan unik kepada para tetamu – yang mana ia menggabungkan warisan kekayaan resort dengan pilihan masakan serantau yang tersendiri dari seluruh Malaysia.

Menerusi pakej MY Heritage Flavour, para tetamu boleh menikmati pengalaman kulinari yang unik – menampilkan hidangan tradisional yang disajikan dengan sentuhan kontemporari. Harga pakej ini adalah bermula dari RM670 untuk dua orang dewasa.

Ia merangkumi tawaran bilik yang mana tetamu boleh menginap di salah satu rumah/ suite unik resort, mendapatkan set hidangan percuma (makan tengahari atau makan malam) untuk dua orang yang menampilkan menu Warisan Malaysia lengkap dengan pembuka selera, hidangan utama, pencuci mulut, dan minuman.

Untuk menu Warisan Malaysia, ia menampilkan pilihan hidangan seperti Kerabu Mangga dari Kelantan atau Keropok Lekor dari Terengganu, Char Kuey Teow dari Pulau Pinang dan banyak lagi.

Tetamu juga boleh menikmati pelbagai pilihan lain yang menarik seperti rasa Hor Fun (sup nasi ayam cincang) dari Ipoh, Laksa Nyonya dari Melaka, Nasi Panggang Kerutuk (daging dalam kari berasaskan santan dengan nasi) dari Perak, Sago Gula Melaka, Pisang Goreng dan juga hidangan yang akan dihidangkan di atas dulang mengkuang tradisional (dulang anyaman).

Para tetamu yang mendaftar pakej ini akan dapat menikmati pengalaman warisan yang holistik – daripada penginapan yang tenang dalam suasana desa Kolonial, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor dan Rumah Ladang serta cita rasa lazat resipi asli Malaysia kepada persembahan tradisional hidangan ini dan cerita di sebalik hidangan yang diceritakan oleh kakitangan berpakaian tradisional.

Menarik bukan? Kunjungi hari ini ke laman web rasmi Temple Tree Resort Langkawi untuk mula menempah bilik anda.

Komen