Carian
Shake Shack Kini Boleh Dipesan Melalui foodpanda – Menawarkan Promosi Penghantaran Percuma Sehingga 9 Ogos
July 18, 2024 Lina Rosli

Shake Shack Malaysia kini boleh dibeli menerusi pesanan di foodpanda. Bersempena pengumuman ini, Shake Shack Malaysia menawarkan penghantaran percuma dengan pesanan minimum RM30 sehingga 9 Ogos 2024.

Menurut foodpanda, antara kawasan yang boleh memesan hidangan dari kedai ini termasuklah di Sentul, Bangsar, Jalan Klang Lama, Mont Kiara, Bukit Damansara, dan Ampang Jaya.

Namun, bagi anda yang mungkin berada di luar kawasan, pelanggan juga boleh memilih untuk mengambil pesanan mereka dari restoran melalui ‘Pick-up’ pada platform foodpanda.

Bagi yang tidak mengetahui, pada April 2024 yang lalu, Shake Shack telah membuka cawangan pertama mereka di The Exchange TRX. Jenama ini menawarkan hidangan burger yang ikonik, kentang goreng yang rangup dan milkshake yang enak – sesuai untuk dinikmati oleh individu yang menggemari hidangan ala barat ini.

Menurut Shake Shack juga, di Malaysia, mereka telah hadir dengan menu yang direka khas bagi memenuhi selera tempatan. Selain ShackBurger, jenama ini menawarkan hidangan citarasa tempatan yang eksklusif seperti Bunga Raya Shake dan SmokeShack yang dibuat dengan daging Lembu Streaky untuk pilihan mesra-Muslim.

Untuk anda yang vegetarian, jangan bimbang, kerana ada juga pilihan bebas daging yang tersedia – untuk menu penuh anda boleh mula buat pesanan di sini.

Komen