Carian
THERMOS Buka Kedai Konsep Pertama Untuk Malaysia Timur Di tHe Spring Mall, Kuching
July 23, 2024 Lina Rosli

THERMOS Malaysia hari ini merasmikan pengembangan penting dengan pembukaan besar kedai konsep pertamanya di Malaysia Timur iaitu di Kuching, Sarawak.

Bagi anda yang tinggal di Kuching, THERMOS Concept Store terletak di destinasi membeli-belah popular, tHe Spring Mall.

Kedai ini menampilkan keluasan ruang sekitar 1,000 kaki persegi dan hadir dengan rekaan dalaman dan susun atur moden. Dengan ini, ia memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih kondusif dan lancar kepada pelanggan untuk mendapatkan segala keperluan yang diperlukan.

Untuk pengetahuan anda, THERMOS merupakan jenama gaya hidup yang menjadi perintis kepada pengeluaran bekas minuman dengan teknologi penebat vakum termaju. Dengan ini, ia berupaya memastikan suhu minuman dan makanan berada paras optimum sepanjang penggunaan untuk penyimpanan.

Jika anda berkunjung ke kedai konsep THERMOS ini, anda boleh mendapatkan sama ada botol atau bekas air minuman, bekas makanan, set teko dan cawan, peralatan memasak dan banyak lagi koleksi istimewa yang lain.

Di sana, THERMOS juga menawarkan kepada pelanggan akan akses kepada produk dan promosi yang tersedia secara eksklusif di kedai – menawarkan ganjaran istimewa untuk pelanggan yang berkunjung ke kedai fizikal.

Selari dengan pembukaan kedai konsep pertama THERMOS di Sarawak juga, jenama ini turut meraikan ulang tahun operasi mereka yang ke-120. Bagi anda yang ingin ke kedai konsep THERMOS, lokasi kedai ini terletak di Lot 223 di Aras 2, tHe Spring Mall, dan dibuka dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Komen