Carian
SKINMADE Memperkenalkan Skin Boost Broad-Spectrum + Blue Light Sunscreen – Pelindung Matahari Hibrid Berwarna
July 24, 2024 Lina Rosli

SKINMADE memperkenalkan Skin Boost Broad-Spectrum + Blue Light Sunscreen SPF 50+ PA++++ – pelindung matahari hibrid berwarna yang diformulasikan untuk memenuhi keperluan perlindungan kulit harian.

Menerusi pelindung matahari ini, ia memastikan kulit mendapat pertahanan yang menyeluruh daripada sinaran matahari yang berbahaya, termasuk UVA, UVB dan cahaya biru.

Kelebihan utama SKINMADE Skin Boost Broad-Spectrum + Blue Light Sunscreen, ia menyediakan perlindungan yang terbaik terhadap sinaran matahari; meningkatkan pengoksigenan kulit, kilauan dan cahaya; dan meningkatkan kesihatan kulit untuk jangka panjang.

Apa yang menarik juga, SKINMADE Skin Boost Broad-Spectrum + Blue Light Sunscreen dirumus dengan Multimineral Active Bio-Energizer yang dipatenkan. Formula inovatif ini berfungsi untuk meningkatkan pengoksigenan kulit, mengekang radikal bebas, mengecas sel kulit dan memberikan perlindungan terhadap tekanan oksidatif, glikasi dan pencemaran.

SKINMADE juga telah melangkah lebih jauh dengan menggabungkan teknologi termaju: Smart Drone Light-Activated Complex. Bagi memanfaatkan kuasa sinaran cahaya matahari, teknologi pintar ini diaktifkan apabila cahaya matahari ‘menyentuh’ kulit dan mengubahnya menjadi tenaga selular, justeru merangsang pengeluaran kolagen dan memperbaiki tona kulit yang tidak sekata serta menjadikan kulit anda lebih muda, cerah, berseri dan lebih bercahaya.

Untuk menggunakannya, sapukan beberapa picitan pada hujung jari dan oles rata ke seluruh muka, leher dan telinga, termasuk di bawah mata. Sapukan secara konsisten setiap hari, pada siang hari. Anda disyorkan untuk membuat sapuan semula untuk perlindungan sepenuhnya sepanjang hari.

SKINMADE Skin Boost Broad-Spectrum + Blue Light Sunscreen SPF 50+ PA++++ kini boleh didapatkan di platform e-dagang seperti TikTok Shop, Shopee dan Lazada pada harga RM91.

Komen