Salomon Memperkenalkan Koleksi Istimewa Untuk Speedcross 3 Ribbon Dan RX MJ – Kerjasama Dengan Sandy Liang

July 25, 2024
Fesyen

Lina Rosli

Jenama kasut Salomon,mengumumkan kolaborasi buat kali kedua bersama Sandy Liang, menampilkan koleksi kasut dengan gabungan ciri-ciri kasut teknikal dengan kenangan zaman kanak-kanak perempuan.

Koleksi hasil kolaborasi kali ini memperkenalkan dua gaya baharu: Speedcross 3 Ribbon dan RX MJ, yang jelas membawakan gabungan sempurna dua dunia yang berbeza.

Berdasarkan perkongsian, Salomon dan juga Sandy Liang, kolaborasi ini telahpun bermula buat kali pertama sewaktu New York Fashion Week pada September 2021 – dan pada tahun 2023, mereka telah bekerjasama untuk menghasilkan koleksi pertama yang menampilkan rekaan semula ikon Salomon dengan sentuhan feminin Sandy Liang.

Untuk kolaborasi pertama, koleksi yang ditampilkan memfokuskan kepada gaya Salomon dengan elemen nostalgia dan kewanitaan. Kali ini pula, Salomon X Sandy Liang mengembangkan idea untuk menghasilkan rekaan yang lebih menyerlahkan unsur-unsur Sandy Liang.

Dikenali sebagai jenama yang menawarkan sentuhan halus yang mengekalkan ciri feminin si pemakai, butiran Sandy Liang jelas terlihat dalam koleksi terbaharu ini dengan perincian reben dan siluet kewanitaan, khas bagi gadis yang mahu mengembara sambil tampak bergaya.

#1 Speedcross 3 Ribbon Sandy Liang

Ia merupakan kasut larian yang ringan dan berkusyen dengan perlindungan dan kestabilan tambahan, menampilkan gaya yand dikemas kini daripada Speedcross 3 yang merupakan salah satu ikon Salomon.

Speedcross 3 Ribbon menggabungkan prestasi teknikal kasut larian dengan keanggunan siluet balet. Sentuhan halus yang dilengkapkan dengan reben satin merah jambu boleh diikat sampai ke betis. Tersedia dalam warna Black/Cloud Pink dan berharga RM899.

#2 RX MJ Sandy Liang

Koleksi ini direka dengan sentuhan feminin untuk mengekalkan gaya kewanitaan sambil berjalan-jalan di sekitar bandar atau meneroka keindahan luar bandar.

Ia merupakan kasut hibrid RX MOC 3.0 yang dilengkapkan dengan ciri keselesaan untuk meningkatkan kebolehpakaian dan kebolehnafasan. Lelaran terkini ini menampilkan kusyen ringan dengan kulit nubuck dan 3D open mesh untuk keselesaan yang tiada tandingan. Tersedia dalam warna Black dan Vanilla Ice, dan berharga RM899.

Bagi yang berminat, kedua-dua loleksi ini boleh didapati dalam saiz uniseks secara eksklusif di Salomon The Exchange TRX pada 27 Julai 2024.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd