Carian
MOCCONA Penaja Rasmi Untuk Kopi Di KLFW2024 – Turut Bekerjasama Dengan Jenama Fesyen Fuzana Mokhtaza
July 26, 2024 Lina Rosli

Selepas dua tahun menjadi penaja rasmi untuk kopi, MOCCONA kembali untuk tahun ketiga di Kuala Lumpur Fashion Week 2024 (KLFW24). Penampilan ini menggabungkan pencinta kopi dan fesyen mulai 29 Julai hingga 4 Ogos.

Sepanjang minggu KLFW 2024, MOCCONA akan memperkenalkan menu mocktail dan kopi klasik kegemaran ramai yang dibuat menggunakan pilihan terlarisnya dalam tiga jenis intensiti: Number 5 (Classic Medium Roast), Number 8 (Classic Dark Roast) dan Number 10 (Espresso Style).

Tersedia dalam varian yang pahit dan pekat serta halus dan beraroma, penggiat fesyen dan pencinta kopi berpeluang untuk menikmati kopi MOCCONA yang serasi dengan setiap pilihan yang berbeza-beza.

Kerjasama Jenama MOCCONA X Fuzana Mokhtaza

Dalam rangkaian kerjasama dengan KLFW 2024, MOCCONA akan mempersembahkan pertunjukan fesyen dengan pereka tempatan Fuzana Mokhtaza pada 1 Ogos 2024.

Dikenali dengan rekaan busana pengantin yang menampilkan gaya romantik dan feminin, Fuzana Mokhtaza mengutamakan keanggunan abadi dan elegan dengan menggabungkan unsur tradisional dan estetika moden.

Gabungan harmonis antara dua elemen yang berbeza dalam ciptaan Fuzana Mokhtaza mencerminkan intipati MOCCONA yang menawarkan keenakan asli dengan daya tarikan moden. Kerjasama ini membuktikan dedikasi kedua-dua pihak terhadap keanggunan abadi dan keutamaan mereka untuk menyempurnakan lagi pengalaman para tetamu di KLFW24.

Komen