First Pride Memperkenalkan Dua Perisa Baharu Untuk Nuget – Nuget Ayam Salai Dan Nuget Ayam Susu Mentega
Lina Rosli
First Pride mengumumkan pelancaran terbaharunya iaitu Nuget Ayam Salai dan Nuget Ayam Susu Mentega.
Bagi yang tidak begitu mengenali First Pride, mereka merupakan pengeluar makanan proses seperti nuget, jejari nuget, ayam panggang dan banyak lagi – yang berkualiti premium, rangup dan berjus. Telah menjadi pilihan utama bagi setiap keluarga di Malaysia, First Pride menjanjikan kesempurnaan ketika menjamu selera.

Nuget Ayam Salai First Pride
Nuget Ayam Salai First Pride menawarkan rasa salai yang membuka selera. Menampilkan rasa BBQ untuk setiap gigitan, nuget ini disaluti dengan salutan tempura yang rangup dengan warna keemasan. Nuget ini sesuai dijadikan snek atau hidangan sampingan lazat yang pasti akan menjadi kegemaran seisi keluarga.

Nuget Ayam Buttermilk
Bagi mereka yang mengidamkan rasa klasik dengan sentuhan yang unik, Nuget Ayam Susu Mentega First Pride ialah pilihan yang sempurna.
Dihasilkan dengan susu mentega berkrim pekat serta disaluti dengan serbuk roti yang rangup, nuget ini mencapai keseimbangan rasa dan keempukan yang sempurna. Nuget ini sesuai dihidangkan sebagai snek, pembuka selera dalam sebarang jamuan, atau semasa waktu makan yang akan dinikmati oleh seisi keluarga.

Bagi anda yang berminat, kedua-dua Nuget Ayam Salai dan Nuget Ayam Buttermilk ditawarkan pada harga RM 19.50 sebungkus. Dapatkan kesemuanya di mana-mana pasar raya besar dan pasar raya terkemuka berhampiran anda.