Tealive Menawarkan Promosi RM6.70 Secawan Untuk 8 Minuman Terpilih – Khusus Untuk Yang Telah Mendaftar MyDigital ID
Lina Rosli
Kepada semua peminat Tealive, bermula dari 1 hingga 9 Ogos 2024, anda boleh menikmati minuman Tealive pada harga istimewa RM6.70 sahaja.
Promosi istimewa ini hanya tersedia untuk pelanggan yang telah mendaftar dengan MyDigital ID. Bagi yang belum mendaftar, anda boleh kunjungi ke cawangan Tealive terpilih ataupun kiosk di bangunan agensi kerajaan yang lain untuk mula membuat akaun MyDigitalID – sebanyak 357 kiosk tersedia untuk pendaftaran di seluruh Malaysia.


Berikut adalah 8 pilihan minuman Tealive yang boleh anda nikmati dengan harga promosi ini:
- Bang Bang Milk Tea with Brown Sugar Warm Pearls
- Signature Brown Sugar Pearl Milk Tea
- Signature Coco
- Signature Coffee
- Mango Fruit Juice
- Red Grape Juice with Aloe Vera
- Hokkaido Melon Coco
- Hokkaido Melon Tea Latte
Jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati minuman kegemaran anda pada harga yang luar biasa. Kunjungi cawangan Tealive terdekat dan manfaatkan promosi ini sebelum ia berakhir.