Bask Bear Coffee Mula Menambah Burger Ayam Dan Daging Di Dalam Menu – Harga Bermula RM15.94

July 31, 2024
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Bagi anda yang sedang mencari sajian burger yang mungkin menepati citarasa anda, tahukah anda bahawa Bask Bear Coffee kini hadir dengan pilihan burger ayam dan daging yang menarik untuk anda cuba?

Usaha ini selari dengan objektif mereka untuk menawarkan pengalaman kuliner yang unik dan memuaskan kepada pelanggan mereka.

Apa yang menarik pada menawaran ini, Bask Bear memfokuskan kepada penggunaan bahan-bahan berkualiti dan segar untuk setiap hidangan. Daging yang digunakan adalah daging premium yang dipilih khas untuk memastikan kelembutan dan kelazatan pada setiap gigitan.

Antara menu burger Bask Bear yang boleh anda cuba termasuklah:

  • Sweer & Spicy Aren Crispy Chicken Katsu – RM19.72
  • BBQ Beef with Crispy Beef Strips – RM18.77
  • Spicy Buffalo Crispy Chicken Katsu – RM18.77
  • Brader Ble Cheeseburger – RM15.94

Dengan pelbagai pilihan burger ini, pengunjung kini tidak hanya boleh mendapatkan kopi dan toasties yang lazat di Bask Bear Coffee Shop, tetapi juga turut boleh menikmati hidangan yang lebih mengenyangkan untuk memulakan hari anda.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd