Carian
Tahukah Anda, Apakah Fungsi Lubang Pada Permukaan Biskut?
July 31, 2024 Lina Rosli

Pernahkah anda tertanya mengapa kebanyakan biskut di pasaran mempunyai lubang kecil-kecil – sama ada 4, 6, 8 lubang pada permukaannya?

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya lubang pada biskut yang anda nampak itu sebenarnya mempunyai keperluan dan fungsinya.

Secara umumnya, lubang-lubang ini telah menjadi standard di dalam proses pengeluaran biskut untuk semya jenama. Ini keran lubang-lubang pada biskut membantu mengelakkan biskut daripada menggelembung atau pecah semasa proses pembakaran.

Apabila biskut dibakar, wap air akan terbentuk di dalam adunan. Oleh itu, dengan adanya lubang-lubang ini, ia membolehkan wap tersebut keluar, menjadikan biskut lebih rata dan rangup. Jika tiada lubang, biskut mungkin akan menggelembung dan tidak masak dengan sekata.

Selain itu, lubang-lubang ini juga membantu biskut untuk masak dengan lebih cepat dan sekata. Perkara ini adalah disebabkan oleh haba yang berada di dalam adunan dapat mengalir dengan lebih baik melalui biskut, memastikan setiap bahagian biskut tersebut masak dengan sempurna.

Walaupun lubang-lubang ini berfungsi untuk tujuan praktikal, ia juga memberikan penampilan estetik yang menarik kepada biskut. Reka bentuk yang berlubang ini telah menjadi ciri khas yang diakui ramai, menjadikan biskut bukan sahaja enak dimakan tetapi juga menarik untuk dilihat.

Jadi, selepas ini, jika anda melihat biskut-biskut ini, pastinya anda akan mula mengira berapa banyak lubang yang telah ditebuk oleh pengeluar. Biasanya saiz dan juga kuantiti lubang ini ditentukan berdasarkan saiz biskut. Semakin besar biskut, semakin banyak lubang yang perlu dilakukan.

Harus diingatkan juga, kedudukan lubang-lubang biskut ini harus diletakkan dan disusun pada jarak yang sama. Jika tidak, biskut yang dibuat akan menjadi terlalu keras atau terlalu lembut.

Kedudukan lubang yang rapat juga akan menjadikan biskut lebih kering dan sukar dikunyah. Manakala, jika lubang akhirnya terlalu jauh pula akan menyebabkan biskut berderai. 

Biskut pertama dicipta pada tahun 1792 oleh John Pearson, iaitu Pearson’s Pilot Bread.

Komen