Sudah tentu tidak lengkap hidangan kopi anda tanpa pastri yang lazat. Oleh itu, ZUS Coffee kini hadir dengan penawaran terbaru, Coffee Meets Pastry.
Terletak di pusat beli-belah 1 Utama yang sibuk, lokasi baru ini bakal menjadi tempat kegemaran anda untuk menikmati gabungan kopi dan pastri yang terbaik.

Di Coffee Meets Pastry, ia menyajikan pelbagai sajian kopi dan pastri selain turut memperkenalkan beberapa menu eksklusif seperti:
- Spanish Latté Flat Croissant – Kelainan unik pada kegemaran klasik, menggabungkan rasa kaya Spanish latté dengan kelazatan pastri croissant yang leper.
- Buttercrème Flat Croissant – Nikmati kelazatan berkrim dan mentega dari croissant ini, sesuai untuk snek tengah hari atau sarapan manis.
- Camellia Blossom Cham Latté – Rasai gabungan floral dalam kopi anda dengan cham latté yang halus dan aromatik ini.
- Osmanthus Apple Espresso – Pilihan yang menyegarkan dan berani, menggabungkan nota manis epal dengan rasa khas osmanthus dan pukulan kuat espresso.

Bagi anda yang ingin mencuba dan berkunjung ke Coffee Meets Pastry oleh ZUS Coffee, ia terletak di lot G601A, aras bawah, 1 Utama Shopping Centre.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama merasai pengalaman baru ini. Temui ZUS Coffee dengan wajah baru ini dan nikmati keunikan gabungan kopi dan pastri yang sempurna.