Kit Woo Menampilkan Koleksi Pakaian Kontemporari Di KLFW 2024 – Rekaan Diinspirasi Daripada Reka Bentuk PEUGEOT 408
Lina Rosli
Pereka fesyen tempatan Kit Woo memeriahkan acara Kuala Lumpur Fashion Week 2024 (KLFW 2024) menerusi satu pertunjukan peragaan yang avant-garde – diinspirasikan daripada garis badan dan estetika kontemporari pada model PEUGEOT 408.
Pada tahun ini, koleksi daripada pereka fesyen kelahiran Kuantan, Kit Woo, untuk acara KLFW 2024 itu berkisar tentang karekter filem-filem seram dan permainan video. Sekaligus menyerlahkan idea tentang kecantikan yang diambil daripada sesuatu di luar kebiasaan.

Koleksi bertajuk “Torn” itu memberi penekanan terhadap corak-corak berani dan campuran pelbagai tekstur. Pada masa sama menyerlahkan garis badan serta reka bentuk dinamik PEUGEOT 408 dalam usaha menghasilkan rekaan terbaik seperti jentera tersebut.
Menurut Kit Woo, untuk KLFW 2024, beliau ingin mencabar diri untuk menghasilkan karya avant-garde yang lebih unik dan mencabar pemikiran. Tetapi masih berpegang kepada identiti rekaan saya yang mengabungkan elemen dualism di antara maskuliniti dan feminiti.

Mengambil inspirasi dari PEUGEOT 408, ia menyerlahkan elemen sofistikasi moden dan Perancis. Menggabungkan siluet dan bucu-bucu kereta yang futuristik ke dalam koleksi, ia sekaligus menjadikan satu gabungan yang harmoni di antara reka bentuk automotif dan fesyen.

Bukan itu sahaja, Kit Woo dan PEUGEOT turut mengetengahkan aspek kelestarian. Kit Woo menggunakan material-material mentah menjadi seni yang boleh dipakai – dengan ini dapat mengurangkan pembaziran fabrik di dalam koleksinya.
Kolaborasi di antara PEUGEOT dan Kit Woo ini bukan sekadar satu acara fesyen sahaja. Malah ia merupakan satu momen kebudayaan yang bakal buka lebih banyak kerjasama yang mengujakan pada masa depan.