Sudahkah Anda Cuba Siri Cham Latte ZUS Coffee – White Peach Oolong Cham Latte, Jasmine Cham Latte Dan Dark Oolong Cham Latte?
Lina Rosli
ZUS Coffee baru-baru ini telah memperkenalkan produk terbarunya, Cham Latté. Penambahan baharu pada menu ZUS Coffee ini memberi penghormatan kepada tradisi Malaysia yang digemari iaitu cham, gabungan unik teh dan kopi yang digemari sejak turun temurun, menjanjikan untuk memberi anda “Double the Pleasure”.

Cham mewakili gabungan perisa yang sempurna, dengan keseimbangan harmoni kopi yang mantap dan teh halus. Ia melambangkan perpaduan dengan menggabungkan dua elemen berbeza untuk mencipta sesuatu yang benar-benar istimewa.
Menurut ZUS Coffee, untuk siri Cham Latté, minuman kegemaran rakyat Malaysia ini telah disesuaikan dengan citarasa moden. Ini kerana mereka menggunakan daun teh premium iaitu Jasmine, Oolong dan White Peach Oolong.

Bagi anda yang menggemari rasa yang lebih halus dan aroma yang lebih wangi, anda boleh mencuba White Peach Oolong Cham Latté.
Untuk Jasmine Cham Latté, ia hadir dengan rasa dauh teh melati yang lebih berani – rasa ini lebih ketara pada akhir rasa. Dan untuk gabungan yang lebih berkrim dan lebih pekat, anda boleh mencuba pilihan minuman Dark Oolong Cham Latté.

Selari dengan pelancaran siri Cham Latté, jelaha ZUS Coffee’s Made In Malaysia di seluruh negara akan bermula di Kuching, Sarawak, pada akhir Ogos 2024 dan akan menjelajah seluruh bahagian Malaysia, termasuk Sabah dan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.