Lingkaran Gelap Bawah Mata – Mana Satu Yang Anda Alami?

August 5, 2024
Kesihatan

Lina Rosli

Bukan lagi sesuatu yang tidak biasa berlaku dalam kalangan individu, penampilan lingkaran gelap bawah mata boleh menjadi sesuatu yang sinonim kepada anda sekiranya, anda tidak mendapatkan tidur yang cukup ataupun mungkin anda berada di dalam mesyuarat yang panjang sehingga menyebabkan mata berasa penat dan letih.

Tidak dinafikan, lingkaran hitam bawah mata boleh merosakkan penampilan individu – ini kerana ia seolah-olah terlihat seperti awan gelap yang berlegar di bawah mata.

Selain kurang tidur, sebenarnya terdapat beberapa faktor lain yang boleh mengakibatkan lingkaran gelap ini muncul. Ini termasuklah disebabkan oleh genetik, atau mungkin kesan kesihatan. Dengan pemahaman yang tepat tentang punca dan jenis lingkaran hitam, anda semestinya boleh memilih rawatan yang sesuai.

Kenali Jenis Lingkaran Hitam Bawah Mata Anda

Untuk mengetahui jenis lingkaran hitam anda, lihat cermin dan ambil serta picit kulit di bawah mata di mana lingkaran hitam berada. Angkat kulit dan gerakkannya sedikit.

Jika rona kebiruan hilang atau cerah, ini bermakna kulit bawah mata anda menipis dan urat di bawahnya kelihatan. Dalam kes ini, gunakan produk yang mengandungi vitamin C dan asid hyaluronik untuk membaiki kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.

Jika warna kebiruan atau keperangan bergerak bersama kulit dan kekal dalam rona yang sama, anda mengalami pigmentasi berlebihan. Untuk jenis lingkaran hitam ini, gunakan produk dengan retinol untuk mengurangkan hiperpigmentasi dan bintik hitam yang berkaitan dengan usia.

Jika lingkaran gelap anda kelihatan lebih berkaitan dengan bayang-bayang gelap yang disebabkan oleh bengkak, anda mungkin mengalami pengekalan cecair. Gunakan krim mata yang mengandungi kafein untuk melawan pengekalan cecair berlebihan yang boleh disebabkan oleh kurang tidur, terlalu banyak garam, pengambilan alkohol, atau alahan.

Produk Yang Boleh Mengurangkan Kesan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Beberapa tips yang boleh Tajria kongsikan di sini, anda boleh mencari produk-produk penjagaan kulit atau produk rawatan muka yang mengandungi beberapa bahan penting seperti:

  • Vitamin C – berfungsi sebagai penggalak kolagen, mengurangkan lingkaran hitam dan tanda-tanda penuaan.
  • Retinol – boleh membantu menangani lingkaran hitam, kedutan, garis-garis halus, dan bengkak bawah mata. Ia juga baik dalam merangsang penghasilan kolagen.
  • Asid Hyaluronik – berfungsi untuk menghidrat dan mengembalikan kelembapan kulit, menjadikan kulit lebih anjal dan mengurangkan penampilan lingkaran hitam.
  • Niacinamide – hadir untuk eningkatkan tekstur kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan serta pigmentasi.
  • Peptida – merangsang penghasilan kolagen dan elastin, menjadikan kulit lebih anjal dan mengurangkan penampilan lingkaran hitam.
  • Ekstrak Teh Hijau – mengandungi antioksidan yang melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas dan mengurangkan bengkak.
  • Ekstrak Aloe Vera – menenangkan kulit dan mengurangkan keradangan serta bengkak.

Lingkaran hitam bawah mata mungkin sukar diatasi, tetapi dengan pemahaman yang tepat dan produk yang sesuai, kita boleh mengurangkan penampilannya dan mendapatkan kulit yang lebih cerah dan segar.

Harus diingatkan, jangan biarkan lingkaran hitam menghalang anda daripada kelihatan segar dan berseri setiap hari.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd