HABIB Memperkenalkan Koleksi Wafer Syiling Emas HABIB Merdeka: Edisi Tanah Airku

August 6, 2024
Gaya Hidup

Lina Rosli

Bermula sebagai kedai barangan kemas kecil di ‘Jewellers’ Corner’ yang terkenal di Pitt Street di Pulau Pinang (kini dikenali sebagai Jalan Masjid Kapitan Keling) pada tahun 1958, HABIB kini telah menjadi antara jenama barangan kemas tempatan yang digemari ramai dengan 34 bilik pameran di seluruh negara.

Sejak 66 tahun lalu, HABIB bukan sahaja aktif dalam mentransformasi industri barangan kemas negara melalui strategi inovatif yang berfikiran ke hadapan, tetapi juga komited dalam memperjuangkan kekayaan warisan budaya dan seni ketukangan Malaysia.

Dalam usaha untuk memelihara dan memupuk kesenian negara, HABIB telah mengetengahkan tema tradisional dan kraf tempatan masa lalu seperti seni anyaman dan tekat; serta memperkenalkan HARTA (singkatan untuk HABIB Taking Action for the Revival of our Traditions and Arts), sebuah muzium barangan kemas warisan dan galeri seni sebagai sebahagian daripada dedikasi berterusannya untuk memartabatkan warisan budaya Malaysia.

Bukan itu sahaja, HABIB turut memperkenalkan pelbagai pilihan barangan kemas berpatutan dan berkualiti tinggi yang terus digemari merentas generasi. Daripada koleksi batu permata yang tersendiri kepada koleksi emas yang unik, setiap kotak barangan kemas daripada HABIB merangkumi komitmen jenama ini dalam menyampaikan ‘The Gift of Happiness’ kepada semua rakyat Malaysia.

Sempena Merdeka ini, HABIB melancarkan kempen ‘Tanah Airku’ yang meraikan keindahan perpaduan dan diversiti di Malaysia. Diilhamkan daripada warisan unik multikulturalisme negara, kempen Merdeka tahun ini memberi penghormatan kepada elemen budaya ikonik Malaysia, daripada flora dan fauna asli kepada mercu tanda bersejarah dan komuniti etnik yang berbeza.

Kempen ini juga mengambil inspirasi daripada setem ‘first day cover’, sebagai penghargaan akan koleksi setem bersejarah Malaysia. Khusus untuk Merdeka, HABIB juga memperkenalkan edisi baharu wafer syiling emas 999.9 dengan elemen ikonik dari negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia.

Wafer Syiling Emas 999.9 HABIB Edisi Tanah Airku menampilkan lima reka bentuk yang meraikan keindahan tanah air kita. Setiap reka bentuk menampilkan simbolisme dan motif tempatan yang terkenal dari pelbagai wilayah di Malaysia, daripada keindahan seni bina pusat bandar raya kepada keindahan alam semula jadi negeri Sabah dan Sarawak di Borneo Malaysia.

Setiap wafer syiling emas ditawarkan pada harga RM138 sekeping ataupun RM690 jika dibeli melalui set istimewa. Koleksi Wafer Syiling Emas HABIB Merdeka: Edisi Tanah Airku ini akan menghiasi semua bilik pameran HABIB dari 1 Ogos hingga 1 September 2024.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd