Pizza Hut Memperkenalkan Menu Baharu – Melts Burger Ditawarkan Pada Harga Bermula RM9.90
Lina Rosli
Khusus untuk peminat burger dan juga piza, tahukah anda Pizza Hut kini telah hadir dengan satu hidangan baharu yang menggabungkan kedua-duanya – dinamakan sebagai Melts Burger.
Menggunakan kepingan doh piza yang nipis dan dipanggang rangup, ia digantikan menjadi bun roti yang mengapit kepingan pati, sos keju dan juga salad burger.
Melts Burger ini ditawarkan dalam dua pilihan hidangan iaitu Melts Beef Burger dan juga Melts Chicken Burger.

Bagi anda yang ingin mendapatkan dan mencuba hidangan terbaru dari Pizza Hut ini, Melts Burger ditawarkan pada harga RM9.90 bagi pilihan ala-carte dan juga RM19.90 pula bagi pilihan kombo.
Apa tunggu lagi? Anda boleh mencuba kedua-dua Melts Burger ini bermula hari ini sama ada mendapatkannya melalui pesanan fizikal di cawangan Pizza Hut berdekatan ataupun secara atas-talian.