Penjenamaan Semula KPJ Healthcare – Kini Menggunakan Logo Baharu Yang Lebih Moden Dan Minimalis

August 6, 2024
Kesihatan

Lina Rosli

KPJ Healthcare Berhad (KPJ), salah satu rangkaian hospital swasta terbesar di Malaysia, telah menjalani beberapa perubahan sejak penubuhannya. Salah satu elemen penting dalam evolusi KPJ ialah penjenamaan semula logo mereka.

Dengan pengenalan logo baharu ini, ia sekaligus mencerminkan pertumbuhan, inovasi dan penyesuaian servis yang ditawarkan oleh KPJ Healthcare selari dengan perubahan masa.

Sebelum ini, logo asal KPJ memaparkan elemen-elemen yang menekankan komitmen mereka terhadap perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan kepercayaan masyarakat yang menggunakan warna biru dan merah sebagai warna utama.

Namun, dengan perubahan dan perkembangan industri penjagaan kesihatan, KPJ merasakan keperluan untuk menyegarkan identiti visual mereka dengan menggunakan muka taip baharu pada huru ‘K’, ‘P, dan ‘J’ – menggunakan warna coklat gelap tanpa meletakkan perkataan ‘healthcare’ pada logo.

Logo baharu KPJ Healtcare juga menampilkan garis yang lebih bersih dan mudah dikenali, mencerminkan profesionalisme dan kemajuan dalam perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan oleh KPJ. Warna-warna dalam logo baru dipilih untuk memberi kesan yang lebih dinamik dan menarik.

Nampaknya, selepas penjenamaan semula logo KPJ, ia diharap akan menjadi salah satu langkah strategik dalam memastikan mereka kekal relevan dan kompetitif dalam industri penjagaan kesihatan. Logo baru bukan sahaja mencerminkan evolusi dan inovasi dalam perkhidmatan mereka tetapi juga memperkukuh identiti korporat KPJ di mata masyarakat.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd