ANTA Malaysia Menampilkan ANTA KAI 1 Dalam Tiga Warna Terkini – Garden State, Triple White Dan Fleur De Lis

August 7, 2024
Fesyen

Lina Rosli

ANTA Malaysia memperkenalkan tiga warna baharu untuk koleksi ANTA KAI 1 – ‘Garden State’, ‘Triple White’ dan ‘Fleur De Lis’. Ia merupakan pilihan kelima, keenam dan ketujuh dalam koleksi ikonik Kyrie Irving yang akan tersedia di kedai terpilih ANTA pada 16 Ogos. 

Ketiga-tiga pilihan warna ini masing-masing hadir dengan simboliknya yang tersendiri. Sebagai contoh, ANTA KAI 1 ‘Garden State’ meraikan rasa cinta Kyrie terhadap bola keranjang semasa beliau berusia muda dan hubungan yang mendalam dengan New Jersey, tempat beliau membesar. Reka bentuk menarik ini mencerminkan daya hidup, pertumbuhan dan alam semula jadi.

Sebaliknya, ‘Triple White’ pula adalah penghormatan kepada detik-detik keazaman Kyrie Irving, yang menampilkan aksen perak dan tapak lutsinar yang melambangkan air tulen yang mengalir deras.

Sementara itu, warna ‘Fleur De Lis’ diilhamkan oleh fleur de lis, bunga kebangsaan Perancis, dengan bentuk bunga itu mewakili pegangan pantas dan silang Kyrie atas gelanggang. Warna ini mengharmonikan gabungan ungu dan biru dengan oren dan hijau, mewakili bunga itu sendiri.

Bukan itu sahaja, ANTA Malaysia turut menambah pengenalan terbaharu kepada siri ANTAI KAI pada bulan Ogos ini adalah koleksi ANTA KAI Tribe. ANTA KAI Tribe menggambarkan intipati abadi dengan sifat teras Kyrie iaitu – kelajuan, fokus, ketangkasan, dan kekuatan.

Menampilkan logo ‘KAI Shield’, koleksi baharu ini adalah kasut gaya hidup luar gelanggang yang sempurna. Peminat KAI boleh mendapatkan koleksi ANTA KAI Tribe dari kedai terpilih ANTA mulai sekarang, tersedia dalam warna-warna terkini: purple tail, almond white, dan klasik black and white, berharga RM369.

‘Garden State’, ‘Triple White’ dan ‘Fleur De Lis’ akan tersedia dipasaran dan boleh didapatkan di ANTA Sunway Pyramid pada 16 Ogos 2024. Ketiga-tiga warna berharga RM669 sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut tentang koleksi terkini ANTA dan keluaran akan datang, sila layari my.anta.com atau ikuti ANTA Malaysia di Instagram dan Facebook.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd