UNIQLO kini mula memperluaskan varian saiz pakaian mereka – bermula dari XS sehingga 4XL. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha UNIQLO untuk menjadi lebih inklusif dan memastikan setiap pelanggan dapat menikmati pakaian berkualiti tinggi yang mereka tawarkan.
Walau bagaimanapun, penawaran saiz yang lebih besar ini hanya terhad untuk pembelian atas-talian sahaja yang mana anda boleh membuat pembelian bagi saiz XXL hingga 4XL ini menggunakan aplikasi UNIQLO ataupun terus di laman web rasmi mereka.
Koleksi pakaian dalam saiz yang lebih besar ini terdapat dalam pelbagai jenis pakaian, seperti t-shirt, kemeja, seluar, dan pakaian luar. Setiap item direka dengan perhatian terhadap kualiti, keselesaan, dan gaya, selaras dengan reputasi Uniqlo sebagai jenama yang menawarkan pakaian yang praktikal dan bergaya untuk semua.
Untuk anda yang berminat, anda boleh melayari laman web UNIQLO untuk melihat koleksi terbaru mereka dan membuat pembelian secara atas talian.