Menjadi antara jenama jam tangan yang paling terkenal di dunia, SEIKO mula memperluaskan penawaran mereka menerusi pembukaan butik terbarunya di The Exchange TRX. Butik baharu ini merupakan yang pertama di Malaysia yang menampilkan tawaran terbaik jenama ini.
Menurut SEIKO lagi, pengenalan butik ini juga seiring dengan keraian ulang tahun ke-100 jenama mereka sejak pengenalan jam tangan pergelangan tangan pertamanya – sekaligus menandakan permulaan abad baharu dalam sejarah cemerlang jenama SEIKO.
Sekiranya anda ingin mendapatkan jam tangan SEIKO kegemaran anda, di butik ini mereka mempamerkan koleksi terkenal SEIKO termasuk King Seiko, Astron, Presage, Prospex dan Seiko 5 Sports.
Koleksi ikonik ini menggambarkan komitmen berterusan jenama terhadap kecemerlangan, ketepatan, dan inovasi. Malah, butik ini bukan sahaja meningkatkan pengalaman membeli-belah bagi penggemar jam tangan, tetapi juga menetapkan penanda aras baharu untuk jam tangan berkualiti dan boleh dipercayai di pasaran Malaysia.
Bagi anda yang ingin berkunjung, butik SEIKO ini sudahpun membuka pintu mereka di aras 1, L1-95 di The Exchange TRX.