Jika sebelum ini Richeese Factory hadir dengan menu ayam goreng dengan pilihan sos pedas, kali ini anda mungkin tidak ingin ketinggalan untuk mencuba menu baharu daripada mereka iaitu siri Richoco.
Menampilkan menu baharu yang menggunakan sos coklat, Richeese Factory dilihat menampilkan gabungan sos unik ini dengan ayam goreng rangup, kentang goreng dan juga bergedil kentang.
Nampak menarik bukan? Apa yang unik juga untuk siri Richoco ini juga, Richeese turut memadankan rasa coklat dengan sedikit rasa pedas yang sempurna ini akan membawa pengalaman baru dalam setiap gigitan.
Selain menu utama ayam dan kentang, Richeese Factory juga menawarkan menu aiskrim, Dino Ice Cream yang menggunakan snek Rolls sebagai perisa utama dan melengkapkannya adalah serbuk coklat yang ditabur di atas aiskrim.
Untuk mendapatkannya, menu ini sudah boleh mula didapati di kesemua rangkaian fizikal Richeese dan jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu Richoco yang istimewa ini sebelum kehabisan stok.