Carian
Pavilion KL Dengan Kerjasama Istana Budaya Meraikan Hari Kemerdekaan Ke-67 Dengan Kempen ‘Pavilion Loves Sustainability’
August 13, 2024 Lina Rosli

Dalam semangat menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-67 dengan tema ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’, Pavilion Kuala Lumpur bersama-sama dengan Istana Budaya telah hadir dengan program inisiatif kelestarian jangka panjang melalui kempen ‘Pavilion Loves Sustainability’ – kembali untuk tahun kedua.

Sebagai langkah penting ke arah kelestarian, Pavilion KL kini menggantikan botol plastik sekali guna dengan botol biodegradasi oleh FLOW untuk acara-acara mereka. Botol ini diperbuat daripada bahan-bahan biodegradasi sepenuhnya—gentian tumbuhan dan mineral semulajadi.

Botol FLOW ini juga boleh dikompos di rumah yang mana ia akan terurai secara semulajadi di tapak pelupusan sampah, atau dibakar, dengan masa penguraian antara 180 hingga 360 hari, jauh lebih cepat berbanding botol plastik yang mengambil masa kira-kira 450 tahun untuk terurai.

Langkah ini diambil sebagai respons kepada penggunaan mikroplastik yang tinggi di Malaysia dan kajian yang menunjukkan kemungkinan peningkatan tekanan darah dari penggunaan botol plastik.

Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan Pavilion REIT terhadap inisiatif Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG), pop-up ‘Pavilion Loves Sustainability’ akan berlangsung dari 12 hingga 18 Ogos 2024 di Centre Court, Pavilion KL.

Pengunjung dijemput untuk meneroka pop-up dinamik ini yang turut disokong oleh rakan kongsi terkemuka termasuk Maybank, Istana Budaya, dan Spritzer, serta penyewa yang mesra alam.

Kempen ini juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik:

  • DIY Station oleh Packaton: Pelajari cara mencipta karya seni unik pada beg kertas yang tahan lasak dan mesra alam.
  • LUSH: Terokai produk yang bersifat bebas kekejaman dan mesra vegan.
  • Koleksi PUMA x FIRST MILE: Koleksi pakaian yang dihasilkan daripada benang kitar semula.
  • DÔME Café: Tebus tumbuhan succulent dengan setiap pembelian dan sertai permainan Gashapon mereka.
  • The Body Shop: Menawarkan aktiviti menanam tumbuhan dan menebus tumbuhan secara percuma.
  • Bath & Body Works: Dapatkan baucar diskaun 10% apabila anda mengitar semula botol kecantikan terpakai.
  • Nespresso: Sertai cabutan bertuah mereka dan hayati produk yang dihasilkan daripada kapsul yang dikitar semula.
  • Hydro Flask Malaysia: Tukar botol plastik lama anda dengan botol Hydro Flask baharu dan nikmati perkhidmatan pengubahsuaian percuma untuk produk terpilih.
  • Origins: Sertai program kitar semula untuk menerima sampel percuma serta urutan tangan atau ritual peace of mind secara percuma.
  • National Geographic Apparel: Nikmati pengalaman membeli-belah yang mencabar, dengan sebahagian daripada jualan disalurkan kepada organisasi nonprofit National Geographic Society.
Komen