Tim Hortons Dibuka Di Sunway Velocity Mall Dan IOI City Mall – Menawarkan Variasi Pilihan Kopi Dan Timbits
Lina Rosli
Kini, jenama kedai kopi dan donut dari Kanada, Tim Hortons telah mengumumkan pembukaan cawangan pertama mereka di Kuala Lumpur, Malaysia – di Sunway Velocity Mall dan juga IOI City Mall Putrajaya.
Bagi anda yang tidak begitu mengenali Tim Hortons, jenama ini menawarkan variasi pilihan kopi berkualiti tinggi selain turut menyediakan pastri, pasta sedia makan dan juga sandwic.
Dengan lebih daripada 4,800 cawangan di seluruh dunia, Tim Hortons telah menjadi ikon dalam industri makanan dan minuman, terkenal dengan kopi premium dan pelbagai pilihan pastri dan makanan.


Apa yang menarik sewaktu pembukaan cawangan Tim Hortons untuk pasaran Malaysia, mereka telah bekerjasama dengan pelukis mural tempatan dari Lakar by Mekar dalam melaksanakan reka hias dinding dalaman kafe – menampilkan lukisan mural bertemakan daun maple yang menjadi simbol ikonik Kanada.

Menurut Lakar by Mekar, bagi menggabungkan kesenian tempatan dengan citarasa Kanada oleh Tim Hortons, beliau memperkenalkan elemen batik pada lukisan daun maple mereka.
Jika anda berkunjung ke Tim Hortons, salah satu lagi tarikan utama adalah di Tim Hortons adalah Timbits, iaitu bebola donut yang sangat popular dalam kalangan pelanggan setia Tim Hortons yang pastinya ini akan menjadi kegemaran baharu rakyat Malaysia.