The Ordinary Kini Memperkenalkan Produk Penjagaan Badan – Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit
Lina Rosli
Secara umumya, ramai dalam kalangan individu sering memandang remeh akan kepentingan penjagaan kulit – hanya mengutamakan penjagaan kulit di bahagian muka sahaja.
Namun, tahukah anda bahawa sebenarnya, muka hanya mempunyai kira-kira 9% kulit sahaja jika dibandingkan pada bahagian badan iaitu kira-kira 91% – yang juga memerlukan perhatian yang sama.

Jika dilihat di kebanyakan farmasi atau kedai yang menjual produk penjagaan kulit, kini sudah banyak jenama yang mula menawarkan dan memperluaskan varian produk penjagaan kulit – yang kini lebih menyeluruh. Tidak ketinggalan, The Ordinary juga telah melancarkan barisan produk penjagaan badan yang inovatif untuk semua jenis kulit. Antara barisan produk yang ditawarkan adalah:
- Natural Moisturizing Factors + Inulin Body Lotion
- Salicylic Acid 0.5% Body Serum
- Niacinamide 5% Face & Body Emulsion
Fenomena penjagaan kulit badan ini turut dikenali sebagai ‘skinification‘ badan, yang merujuk kepada kaedah perawatan kulit badan yang hampir sama dengan kaedah perawatan pada wajah. Kebiasaannya, kaedah ini memerlukan individu untuk melakukan eksfoliasi pada kulit badan dan memastikan kulit kekal hidrat dengan menggunakan produk anti penuaan.
Salicylic Acid 0.5% Body Serum
Serum ringan ini menyasarkan cela dan melicinkan tekstur kulit. Mengandungi 0.5% asid salisilik untuk pengelupasan lembut, membantu membersihkan liang pori dan meningkatkan kejelasan kulit.
Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit badan yang berjerawat kerana ia berfungsi menembusi liang pori untuk menghilangkan sel kulit mati dan mengurangkan sebum yang tersumbat.

Niacinamide 5% Face & Body Emulsion
Dengan kepekatan niacinamide yang lebih rendah, emulsi ini membantu meratakan tona kulit dan mencerahkan penampilan. Sesuai untuk semua tona kulit, termasuk kulit sensitif, ia melembapkan dan menyokong penghalang kulit.
Sekiranya anda menggunakannya secara berterusan, ia akan membantu mengurangkan penampakkan bintik-bintik gelap dan meningkatkan keanjalan kulit.
Natural Moisturizing Factors + Inulin Body Lotion
Losyen badan ini mengandungi Natural Moisturizing Factors dan Inulin untuk memberikan penghidratan mendalam dan menguatkan penghalang kulit. Ia mengurangkan penampilan kulit kering dan bersisik sebanyak 70% dan memastikan kulit sentiasa terhidrasi, walaupun selepas mencuci.