Kongsikan Video Reaksi Anda Melihat Gambar #MadewithPortraitStudio Anda Di Papan Iklan Samsung Untuk Menangi Hadiah Menarik

August 14, 2024
Gajet Dan Teknologi

Lina Rosli

Khabar baik untuk semua peserta kempen #MadewithPortraitStudio. 50 gambar Portrait Studio yang pertama telah dipilih, dan kini giliran anda untuk rekod dan kongsikan reaksi anda melihat wajah AI anda di skrin besar yang terletak di seluruh Malaysia.

Kempen ini bermula dari 9 Ogos 2024 hingga 8 September 2024, yang mana untuk mana-mana peserta yang kreatif, anda berpeluang untuk memenangi hadiah menarik.

Cara Sertai Pertandingan

  1. Cari Papan Iklan Samsung: Kunjungi papan iklan Samsung di bandar anda yang memaparkan gambar Portrait Studio anda.
  2. Rekod Video Reaksi: Ambil video reaksi anda dengan gambar Portrait Studio anda yang terpapar di papan iklan digital.
  3. Kongsi di Media Sosial: Muat naik video reaksi anda di Facebook, Instagram Feed atau Reels, X atau TikTok.
  4. Tag dan Hashtag: Jangan lupa tag @SamsungMalaysia dan gunakan hashtag #MadewithPortraitStudio serta #GalaxyAI. Pastikan profil media sosial anda diatur pada tetapan umum.

Bagi tiga peserta yang paling kreatif dalam merekod dan berkongsi video reaksi, anda berpeluang memenangi hadiah Samsung Music Frame bernilai RM1,999 lengkap dengan imej Portrait Studio yang diperibadikan.

Senarai pemenang akan diumumkan pada 30 September 2024 dan akan dihubungi melalui mesej langsung dari Samsung.

Jangan lepaskan peluang ini. Mula pergi ke mana-mana papan iklan digital Samsung dan cari gambar Portrait Studio anda hari ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Reaksi Made with Portrait, layari laman rasmi Kempen Portrait Studio Samsung.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd