UNIQLO memperkenalkan koleksi Fall/Winter 2024 LifeWear bersempena dengan ulang tahun syarikat yang ke-40. Mengangkat tema “Timeless Tones”, koleksi musim ini mengimaginasikan asas LifeWear dengan inspirasi dari gaya unik ibu kota bersejarah seperti Edinburgh dan Stockholm.
Koleksi musim luruh ini memperlihatkan rekaan yang disesuaikan dengan gaya bandar bersejarah yang mana ia menggunakan elemen-elemen khas dari bandar universiti Edinburgh dan Stockholm – sekaligus menggabungkan gaya klasik dengan reka bentuk moden.

Dari gabungan corak dan bahan tempatan Edinburgh hingga gaya kontemporari Stockholm, keperibadian unik setiap bandar mempengaruhi reka bentuk terbaru, menghasilkan potongan abadi yang akan menjadi kegemaran untuk tahun-tahun akan datang.


Untuk koleksi ini, UNIQLO telah menyusun gaya istimewa, menggabungkan AIRism dengan LifeWear untuk mencipta gaya yang sesuai dengan iklim Malaysia yang panas dan tropika. Dengan penyertaan potongan serbaguna seperti AIRism Sleeveless High Neck Cut, bersama dengan bahan fabrik rayon, individu di Malaysia kini boleh bergaya dengan lebih selesa dan praktikal.

Untuk koleksi Fall/Winter 2024 UNIQLO ini, ia akan tersedia di semua kedai UNIQLO selain turut boleh dipesan melalui aplikasi atast-talian UNIQLO. Untuk maklumat lanjut mengenai Koleksi Fall/Winter 2024 UNIQLO, anda boleh layari ke UNIQLO LifeWear Collection.