Perjalanan UNIQLO Dari Tahun 1984 Hingga Ke Hari Ini – Kini Memperkenalkan Teknologi Baharu PUFFTECH
Lina Rosli
Selari dengan pengenalan koleksi Timeless Tones, UNIQLO turut meraikan ulang tahun mereka yang ke-40 – yang mana mereka kini sudah beroperasi hampir empat dekad.
Sejak penubuhannya pada tahun 1984, item klasik UNIQLO telah berkembang untuk menawarkan potongan yang lebih ringan, keselesaan yang meningkat, dan fungsi yang lebih baik melalui bahan inovatif.
Perjalanan 40 Tahun UNIQLO: Bermula Dari Kedai
UNIQLO telah mengukir nama dalam industri fesyen global selama 40 tahun, bermula dari sebuah kedai pakaian kecil di Fukuoka, Jepun, pada tahun 1984 hingga menjadi salah satu jenama pakaian terbesar di dunia. Perjalanan ini bukan sahaja menandakan kejayaan yang besar tetapi juga evolusi yang mendalam dalam cara mereka mendekati fesyen dan keselesaan.

UNIQLO pada asalnya dikenali sebagai Unique Clothing Warehouse – UNICLO. Dengan misi untuk menyediakan pakaian yang bergaya dan praktikal, UNIQLO dengan cepat menarik perhatian pelanggan dengan reka bentuk yang sederhana tetapi elegan. Dalam tempoh ini, UNIQLO mula memperkenalkan pelbagai jenis pakaian asas yang menjadi titik tolak kepada kejayaan mereka di kemudian hari.
Memasuki tahun 1990-an, UNIQLO meluaskan sayapnya ke Tokyo dan membuka kedai pertamanya di Shibuya, yang menandakan langkah besar dalam pengembangan mereka di pasaran Jepun. Dalam tempoh ini, UNIQLO mula mengeksport konsepnya ke luar Jepun dengan membuka cawangan pertama di London pada tahun 2001. Langkah ini mengukuhkan kedudukan UNIQLO sebagai jenama global, menghubungkan reka bentuk Jepun dengan pelanggan antarabangsa.
UNIQLO terus melangkah ke hadapan dengan memperkenalkan teknologi fabrik inovatif yang menjadikannya terkenal. Pada tahun 2003, UNIQLO melancarkan HEATTECH, sebuah teknologi yang menawarkan kehangatan tambahan dalam pakaian tanpa menambah berat.

Bukan itu sahaja, mereka turut hadir dengan koleksi Uniqlo UT dan PEACE FOR ALL yang menumpulkan memperkenalkan rekaan yang lebih berani dan berfokus pada kerjasama dengan artis dan pereka terkenal, mengukuhkan identiti kreatif jenama.
Seterusnya, pada tahun 2015, UNIQLO memperkenalkan AIRism, teknologi yang menumpukan pada keselesaan dan penyerapan kelembapan, menjadikannya pilihan utama untuk cuaca panas. UNIQLO juga aktif dalam inisiatif kelestarian, seperti mengurangkan penggunaan bahan plastik dan mempromosikan pakaian berasaskan bahan kitar semula menerusi kempen RE:UNIQLO.
Selepas 40 Tahun, UNIQLO Hadir Dengan Teknologu PUFFTECH Dan Koleksi Timesless Tones
Perjalanan 40 tahun UNIQLO adalah kisah kejayaan yang menggambarkan komitmen jenama terhadap inovasi, kualiti, dan keselesaan. Dengan menggabungkan teknologi terkini dengan reka bentuk yang berpatutan, UNIQLO terus menetapkan standard baru dalam industri fesyen global.
Bergerak lebih ke hadapan dalam bidang fesyen, UNIQLO kini mula memperkuatkan lagi teknologi mereka dengan kehadiran teknologi baharu iaitu PUFFTECH.

PUFFTECH adalah teknologi bahan terbaru yang dikembangkan oleh UNIQLO untuk memberikan kehangatan dan keselesaan pada musim sejuk.
Sebagai sebahagian daripada inovasi dalam koleksi LifeWear mereka, PUFFTECH dikenali sebagai teknologi fabrik dengan benang teringan (kira-kira 1/5 saiz helaian rambut) dan terhangat yang pernah dihasilkan oleh UNIQLO, direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden dengan fungsi yang canggih.

UNIQLO juga merayakan pencapaian ini dengan pelbagai acara dan koleksi khas. Dengan tema “Timeless Tones” untuk koleksi Fall/Winter 2024, UNIQLO memperlihatkan evolusi dalam reka bentuk dan teknologi mereka, sambil mengekalkan komitmen terhadap keselesaan dan gaya yang abadi.
Meraikan empat dekad sejarah, para pelanggan boleh berkunjung ke semua cawangan UNIQLO di Malaysia dan menerokai pelbagai kempen, program dan produk yang diperkenalkan oleh UNIQLO.