Carian
The Curve Meraikan Ulang Tahun Ke-20 Dengan Kempen Merdeka “Ceritera JIWA Merdeka”
August 16, 2024 Lina Rosli

Menjadi antara lokasi kegemaran warga Damansara, tahukah anda bahawa The Curve kini menyambut ulang tahun mereka yang ke-20 – yang kini sudah mencapai dua dekad sejak pembukaannya pada tahun 2004?

The Curve merupakan pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur yang menggabungkan gaya hidup, fesyen, dan hiburan dalam satu lokasi. Dengan reka bentuk moden dan kemudahan yang lengkap, The Curve telah menjadi destinasi pilihan bagi ramai pengunjung.

Merayakan ulang tahun ke-20nya, pusat beli-belah ini melancarkan Kempen Merdeka 2024 dengan tema “Ceritera JIWA Merdeka,” yang menonjolkan kepelbagaian budaya Malaysia dan menggabungkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang bulan Ogos untuk meraikan semangat perpaduan dan warisan tempatan.

Menurut The Curve, “JIWA” merangkumi Junjung Maruah (Dignity), Ikatan (Unity), Warisan (Tradition), dan Alunan (Performances) yang menggambarkan nilai teras yang mengikat komuniti di Malaysia yang pelbagai. Sepanjang bulan Ogos, pengunjung boleh menikmati acara dan aktiviti yang menghormati nilai-nilai ini, menonjolkan penyatuan dan tradisi yang kaya yang mendefinisikan Malaysia.

Kemuncak perayaan adalah pada 31 Ogos 2024 yang mana mereka akan mengadakan Merdeka Food Run, larian keluarga sejauh 5km yang menggabungkan kecergasan dan keriangan dengan pelbagai hentian makanan tempatan. Peserta juga boleh menikmati pakej staycation di Royale Chulan Hotel untuk pengalaman hujung minggu yang lebih memuaskan.

Bukan itu sahaja, di sepanjang bulan ini, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik di Pasar Lokal, Merdeka Bazaar dan Sports Apparel Fair di The Curve. Kempen ini juga menawarkan Lucky Draw dengan hadiah seperti Sony PS5 dan Nintendo Switch serta Grand Lucky Draw dengan hadiah bernilai lebih RM100,000 untuk pembeli.

Jika anda berkunjung ke The Curve, anda akan melihat pusat membeli-belah ini akan dihiasi dengan kemeriahan warna bendera Malaysia dan memasang paparan interaktif untuk menyerlahkan identiti pelbagai budaya Malaysia. Untuk maklumat lanjut, lawati www.thecurve.my atau ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Komen