Apa Itu ‘Brain Drain’? Kesan Keletihan Otak Ke Atas Kesihatan Mental

August 19, 2024
Kesihatan

Lina Rosli

Pernahkah anda berada di dalam situasi di mana anda berasa seperti anda lupakan sesuatu – di saat ingin memulakan kerja? Ataupun mungkin anda berada di dalam keadaan di mana anda mempunyai kesukaran untuk fokus, dan mungkin mengalami fikiran yang lesu serta sukar untuk mengingati maklumat penting?

Jika ya, anda mungkin mengalami brain drain atau turut dikenali sebagai keletihan otak.

Untuk pengetahuan anda, keletihan otak adalah situasi di mana anda berasa letih akibat tempoh aktiviti kognitif yang berpanjangan berpunca daripada beban berlebihan pada kapasiti mental seseorang. Fakta penting yang semua perlu tahu – otak menggunakan kira-kira 20 peratus daripada tenaga seharian untuk memproses maklumat dan menghantarnya melalui isyarat dan ini menyebabkan penggunaan jumlah tenaga yang tinggi setiap hari.

Bagi mengulas lebih lanjut mengenai keletihan otak, BRAND’S® Essence of Chicken baru-baru ini telah menganjurkan sidang meja bulat bersama pakar-pakar kesihatan untuk berkongsi pandangan mengenai keletihan otak. Ahli-ahli panel termasuklah Professor Dr Michael Ling, Profesor Neurosains dan Genetik dari Universiti Putra Malaysia; Nasreen Ma, Jurulatih Kesihatan Otak dari Meaningful Activation; dan Dr Hiroshi Watanabe, Pengarah Penyelidikan Kanan dari Suntory Beverage & Food Asia Pacific.

Apa Itu Brain Drain – Pandangan Saintifik tentang Keletihan Mental

Seringkali keletihan otak dikategorikan sebagai keletihan harian biasa. Namun, tahukah anda bahawa keletihan otak ini sebenarnya boleh meningkat dengan teruk dari semasa ke semasa jika tidak diuruskan dengan sewajarnya dan seterusnya boleh membawa kepada sindrom keletihan yang lebih teruk dan kronik.

Menurut Professor Dr Michael Ling, Profesor Neurosains dan Genetik dari Universiti Putra Malaysia, keletihan otak adalah satu keadaan kompleks yang masih dikaji walaupun para saintis telah mengkaji topik itu selama beberapa dekad.

Pakar berpendapat bahawa dengan memahami mekanisme dan kesan keletihan otak boleh membantu kita mengurus tenaga mental dan produktiviti dengan lebih baik. Beban mental dalam tempoh yang berpanjangan membawa kepada sensasi keletihan yang datang dengan gejala yang berkaitan.

Dan perkara ini dikaitkan dengan pembentukan neurotransmitter glutamate di prefrontal cortex. Dalam istilah yang lebih mudah, ia seperti berada di dalam bilik yang bising dan sesak di mana anda tidak dapat mendengar sesiapa pun.

Cara Untuk Menguruskan Keletihan Otak Melalui Gaya Hidup Yang Sihat

Untuk pengetahuan anda, perkara paling penting dalam menguruskan keletihan otak adalah dengan tidak mengabaikannya.

Ini kerana keletihan boleh mengakibatkan prestasi kerja berkurangan serta gangguan kepada kehidupan peribadi. Mereka yang mengalami keletihan otak boleh menguruskannya dengan lebih baik dengan perubahan gaya hidup dan pemakanan yang baik.

Menurut Nasreen Ma, Jurulatih Kesihatan Otak dari Meaningful Activation, rakyat Malaysia secara umumnya menjalani kehidupan yang tertekan dek kerana tugasan dan tanggungjawab yang perlu dipikul sama ada di rumah mahupun di pejabat.

Untuk pengetahuan anda, laporan Indeks Keseimbangan Kehidupan-Kerja Global menunjukkan bahawa Malaysia berada di kedudukan ke-47 daripada 60 negara yang tersenarai. Ini sekaligus memperlihatkan bahawa kesejahteraan mental untuk rakyat di negara ini berada di paras yang membimbangkan.

Oleh itu, memahami keletihan otak merupakan langkah pertama dalam menguruskan kesihatan otak. Lain-lain perkara yang perlu diberikan perhatian termasuklah:

  • Menjalani gaya hidup yang seimbang seperti memberi keutamaan kepada tidur, senaman dan pergerakan terkoordinasi yang lebih perlahan dan spesifik, pengukuhan hubungan spiritual dan sosial
  • Individu juga perlu mengehadkan tempoh masa penggunaan skrin
  • Mendapatkan pemakanan yang betul dan pengamalan teknik relaksasi seperti pernafasan dalam ataupun yoga.

Semua ini adalah kunci utama untuk mendapatkan semula tenaga mental anda dan menjalani kehidupan yang produktif.

Pengambilan Bahan-Bahan Kesihatan Yang Baik Untuk Kekuatan Otak

Apabila bercakap tentang diet, asid amino memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesihatan otak dan yang lebih penting lagi, memulihkan keletihan otak.

Salah satu asid amino penting ialah L-Histidina, blok binaan protein yang telah terbukti secara klinikal dapat meningkatkan prestasi kognitif dan biasanya ditemui dalam makanan yang kaya protein, termasuklah pati ayam.

Menurut Dr Hiroshi Watanabe, Pengarah Penyelidikan Kanan dari Suntory Beverage & Food Asia Pacific, kajian klinikal telah membuktikan L-Histidina dan asid amino yang lain boleh menghasilkan prestasi kognitif yang positif.

Apa yang perlu dilakukan individu adalah dengan memastikan pengambilan protein dalam makanan adalah mencukupi. Satu cara mudah untuk mencapai pengambilan asid amino penting adalah melalui BRAND’S® Essence of Chicken, yang mengandungi L-Histidina dan juga nutrien yang lain untuk meningkatkan tenaga mental anda sepanjang hari.

Kajian mendapati bahawa sari pati ayam boleh meningkatkan ingatan bekerja pada orang dewasa yang sihat, malah meningkatkan emosi dan membuatkan peserta berasa segar dan yakin.

BRAND’S® Essence of Chicken mengandungi kebaikan yang kuat dan padat dengan nutrien dalam setiap botol. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh layari https://www.brandsworld.com.my/en/products/essence-of-chicken-original.html

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd