UNIQLO Raikan Hari Kemerdekaan ke-67 Malaysia Dengan Koleksi Eksklusif Bunga Dan Bintang
Lina Rosli
Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67, UNIQLO mempersembahkan kolaborasi istimewa bersama jenama seni tempatan yang terkenal, Bunga dan Bintang.
Koleksi UTme! eksklusif ini akan mula dijual pada 19 Ogos 2024 di cawangan UNIQLO terpilih, menampilkan 15 rekaan yang diinspirasikan daripada kekayaan warisan budaya Malaysia serta semangat rakyatnya yang berbilang kaum.
Rekaan dalam koleksi Bunga dan Bintang ini memaparkan elemen-elemen budaya Malaysia, termasuk pakaian tradisional serta hidangan tempatan seperti kuih lapis dan roti canai yang merujuk kepada simbol penyatuan dan kepelbagaian negara.

Menjadikan koleksi ini menarik adalah penggunaan ilustrasi kucing sebagai ikon – kucing memakai baju melayu, kucing memakai cheongsam dan lain-lain. Malah, terdapat juga ilustrasi kucing comel di dalam rekaan nasi lemak, bunga raya, kuih-muih dan banyak lagi.
Untuk pengetahuan anda, pemilihan kucing sebagai ikon ini adalah untuk mencerminkan kasih sayang rakyat Malaysia ke atas mereka.
Selain itu, daripada 15 rekaan yang diperkenalkan, 8 daripadanya turut tersedia dalam bentuk sulaman halus di RE.UNIQLO Studio, yang menonjolkan keindahan seni yang penuh perincian. Para pelanggan boleh memilih untuk membeli T-shirt siap cetak atau menggunakan perkhidmatan UTme! di dalam kedai untuk mencetak rekaan kegemaran mereka pada T-shirt dan beg tote.
Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan perkhidmatan sulaman khas di RE.UNIQLO Studio untuk memperibadikan produk UNIQLO kegemaran anda dengan rekaan-rekaan comel ini.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi eksklusif ini di cawangan UNIQLO terpilih bermula 19 Ogos 2024, dan raikan Hari Kemerdekaan Malaysia dengan penuh bangga!