Christy Ng Memperkenalkan Beg Tote Eksklusif Semperna Hari Merdeka 2024

August 20, 2024
Uncategorized

Lina Rosli

Bersempena sambutan bulan Kemerdekaan pada tahun ini, Christy Ng menampilkan rekaan edisi terhad bagi produk beg tote mereka.

Memfokuskan kepada kepelbagaian budaya dan bangsa di Malaysia, beg tote Merdeka 2024 oleh Christy Ng hadir dengan ilustrasi tangan yang menggambarkan makanan ikonik, perayaan dan aktiviti yang diraikan oleh rakyat tempatan.

Setiap butiran ilustrasi pada beg ini direka dengan penuh cinta sekaligus menangkap keunikan dan keindahan budaya Malaysia yang pelbagai.

Menjadikan rekaan ini lebih unik adalah penggunaan warna-warna yang terdapat pada warna Jalur Gemilang – dipadankan juga dengan beberapa warna lembut seperti merah jambu dan juga jingga.

Dari segi saiz, beg tote ini hadir dengan pilihan saiz kecil dan besar – sesuai untuk kegunaan harian anda. Ia juga diperbuat daripada bahan mesra alam dan dilapisi dengan pelapis fabrik kalis air. Melengkapkan rekaan beg tote ini adalah logo Christy Ng pada bahagian hadapan beg.

Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, beg ini sudahpun tersedia di semua rangkaian fizikal Christy Ng, atau anda juga boleh memesannya terus di kedai atas-talian Christy Ng pada harga RM44 dan RM54 sebuah.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd