Sudahkah Anda Mencuba Roti Mentega SHOKUPAN GOLD BRIOCHE Dari Sunshine Bakeries?
Lina Rosli
Sunshine Bakeries memperkenalkan produk roti terbaru mereka, Roti Mentega SHOKUPAN GOLD BRIOCHE. Ia merupakan produk inovatif yang menggabungkan kelembutan dan kegebuan tekstur roti Shokupan Jepun dengan kelazatan mentega roti Brioche Perancis.
Untuk pengetahuan anda, Shokupan merupakan roti popular Jepun – ia terkenal dengan teksturnya yang lembut dan gebu. Manakala, Brioche pula adalah roti klasik Perancis yang digemari kerana rasa menteganya yang kaya dan tidak terlalu manis.
Sesuai untuk hidangan bagi setiap keluarga, setiap keping roti ini dihiris tebal bagi membolehkan pelanggan menikmatinya terus dari bungkusan tanpa perlu ditambah apa-apa lagi.

Selain itu, Sunshine Bakeries turut menawarkan pelbagai pilihan roti sihat termasuk Roti Susu Hokkaido, Roti Mil Penuh 100% Oat Australia, Roti dengan Germa Gandum dan Bran, dan Roti Putih Lembut.
Setiap roti dihasilkan dengan teliti dan sarat dengan kebaikan yang menyihatkan. Bukan itu sahaja, Sunshine Bakeries turut menampilkan rangkaian roti berkrim pelbagai pilihan dan perisa yang dinikmati ramai seperti Mentega Gula, Biskut & Krim, Vanila, dan Coklat Hazelnut, serta siri SIGNATURE yang merangkumi Belgian Chocolate dan Cream Cheese & Hokkaido Milk.
Untuk mula menikmati Roti Mentega SHOKUPAN GOLD BRIOCHE, ia kini boleh didapati di peruncit utama dan kedai serbaneka di Lembah Klang dan Negeri Sembilan, dengan harga hanya RM4.80 untuk 300g.
Sempena pelancarannya, promosi istimewa untuk SHOKUPAN GOLD BRIOCHE Butter Loaf turut disediakan untuk tempoh yang terhad – dapatkannya sekarang sebelum kehabisan stok.