AIA Malaysia telah memperkenalkan satu ciri baharu dalam program AIA Vitality iaitu AIA Vitality Food Tracker. Ia direka khas untuk membantu para individu khususnya ahli program AIA Vitality untu membuat pilihan pemakanan yang lebih bijak dan sihat.
Menurut AIA Malaysia, pengenalan ciri ini adalah bertujuan untuk memantau pengambilan makanan harian sekaligus menyokong gaya hidup yang lebih sihat.

Sejak dilancarkan pada tahun 2016, AIA Vitality telah menjadi program kesihatan dan kesejahteraan komprehensif yang bukan sahaja menawarkan pengetahuan dan alat untuk kehidupan yang lebih sihat tetapi juga memberi ganjaran kepada ahli yang proaktif dalam menjaga kesihatan mereka.
Program ini menggabungkan prinsip sains tingkah laku untuk menggalakkan tabiat kesihatan yang mampan, merangkumi aktiviti fizikal, pemakanan seimbang dan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Ciri AIA Vitality Food Tracker – Memotivasikan Pemakanan Sihat
Melalui AIA Vitality Food Tracker, ahli berpeluang untuk mendapatkan sehingga lima mata AIA Vitality setiap hari dengan cara mudah – hanya dengan mengambil dan memuat naik gambar hidangan mereka.
Untuk individu yang berjaya memuat naik sekurang-kurangnya tujuh gambar hidangan dalam seminggu akan menerima maklum balas daripada pakar pemakanan, yang akan memberi panduan tentang pilihan makanan yang lebih baik.
Untuk pengetahuan anda juga, AIA Vitality Food Tracker menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang memberikan maklum balas serta panduan yang diperibadikan kepada pengguna.

Ciri ini memudahkan ahli untuk membuat pilihan pemakanan yang lebih sihat dan menyumbang kepada kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.
AIA Malaysia terus komited untuk menyediakan alat dan motivasi kepada ahli dalam mengatasi masalah obesiti dan meningkatkan kesihatan keseluruhan mereka. Dengan pengenalan AIA Vitality Food Tracker, AIA memperkukuhkan lagi usahanya dalam membantu rakyat Malaysia mencapai kehidupan yang lebih sihat dan bermakna.
Untuk maklumat lanjut atau menyertai program AIA Vitality, anda boleh melayari laman web AIA di www.aia.com.my.