Pada hujung minggu ini iaitu pada 24 hingga 25 Ogos 2024, ZUS Coffee bakal menganjurkan acara Kampung Buatan Malaysia – anjuran kali kedua khusus buat rakyat Malaysia yang menetap di Sarawak.
Mengambil tema ‘Made in Malaysia’, acara ini akan diadakan di Vivacity Megamall Sarawak yang terletak di bandar Kuching, anda boleh menerokai pelbagai aktiviti kebudayaan di lokasi berkenaan.
Selain itu, anda juga boleh membeli-belah dan menikmati hidangan menarik ZUS COffee bermula dari jam 10 pagi sehingga ke jam 10 malam.


Terdapat pelbagai aktiviti dan permainan yang akan dijalankan di sepanjang hari itu termasuklah:
- Cham Tarik Slingshot
- Catch The Cham
- Photobooth
Bukan itu sahaja, mereka turut mempersembahkan vendor tempatan terbaik, menampilkan pelbagai produk buatan tangan yang unik dan makanan yang menggamit selera, semuanya untuk mengetengahkan keindahan dan keunikan budaya Malaysia.


Bagi yang berminat, anda boleh berkunjung ke Kampung Buatan Malaysia ZUS Coffee pada hujung minggu hadapan dan selami terowong masa mereka untuk melihat keunikan budaya di Malaysia beramai-ramai.