Haier Malaysia kini telah memperluaskan lagi penawaran mereka melalui pembukaan kedai pertamanya di Kuala Lumpur yang menampilkan konsep rumah pintar – ianya terletak di Melawati Mall.
Pembukaan ini dilaksanakan dengan kerjasama senQ, rangkaian kedai elektronik pengguna terkemuka di Malaysia, yang memperkukuhkan lagi usaha Haier dalam memperluaskan jangkauan mereka kepada pelanggan.
Kedai ini bukan hanya berfungsi sebagai hub runcit, tetapi juga sebagai ruang interaktif di mana pelanggan dapat melihat dan merasai sendiri teknologi pintar yang ditawarkan oleh Haier. Kedai ini menampilkan variasi pilihan model dari yang premium hingga ke mampu milik – seperti siri penyaman udara Haier, peti sejuk empat pintu, mesin basuh dan juga televisyen jenis OLED.
Pembukaan kedai ini adalah sebahagian daripada strategi Haier untuk mendekati pelanggan di Kuala Lumpur dan menyediakan kepada mereka ruang untuk mencuba teknologi rumah pintar secara langsung.
Melangkah ke hadapan, Haier Malaysia telah menggariskan tiga fokus utama untuk menyokong pertumbuhan mereka dalam separuh kedua tahun 2024.
Antaranya, Haier akan terus memperluaskan saluran runcit di seluruh Malaysia dengan tumpuan kepada komuniti di bandar-bandar satelit dan memastikan kehadiran mereka di ruang premium dalam pusat membeli-belah.
Selain itu, mereka turut akan hadir dengan reka bentuk dan tema yang diperbaharui pada kedai-kedai Brand Shop Haier yang baharu – bertujuan untuk mencipta senario dan ekosistem terbaik bagi pengguna untuk mengalami produk Haier.