ZUS Coffee kini memperkenalkan pilihan perisa baharu untuk siri Cham Latte iaitu Earl Frey Cham Latte. Bagi yang tidak mengetahui, siri Cham Latte ini merupakan penawaran mereka yang menggabungkan rasa kopi yang kaya dengan sentuhan unik cham, memberikan pengalaman rasa yang baru dan menyegarkan.
Cham Latte menghidangkan gabungan halus antara kopi latte yang lembut dan teh cham yang terkenal dengan keunikan rasanya.
Selain menyajikan menu minuman baharu, ZUS Coffee telah melangkah lebih jauh dengan kolaborasi istimewa bersama Inside Scoop, memperkenalkan pilihan Cham Latte terbaru mereka – Earl Grey Cham Latte untuk aiskrim.
Dalam kolaborasi ini, setiap sudu aiskrim Earl Grey Cham Latte menawarkan keseimbangan sempurna antara kepekatan kopi dan kesegaran teh. Ini adalah pilihan ideal bagi mereka yang ingin menikmati gabungan rasa yang unik dan inovatif.
Dapatkan Earl Grey Cham Latte ini di cawangan ZUS Coffee atau melalui pesanan atas talian dan jangan ketinggalan untuk mencuba juga aiskrim Cham Latte ini di cawangan Inside Scoop berdekatan anda.