Sempena sambutan Hari Malaysia pada bulan September ini, inDrive dan Kedai Kopi Malaya bekerjasama dalam menawarkan kemudahan pengangkutan dan kenikmatan kulinari untuk memberi tawaran istimewa kepada rakyat Malaysia.
Kolaborasi yang menarik ini mengetengahkan gabungan antara kemudahan pengangkutan dan kelazatan kulinari, menggabungkan dua elemen penting dalam budaya Malaysia — bersiar-siar dan menikmati makanan yang hebat.
Berkongsikan komitmen sama bagi memperkayakan kehidupan harian rakyat Malaysia melalui pengalaman yang unik, inDrive dan Kedai Kopi Malaya bersedia untuk menyemarakkan sambutan ini dengan ganjaran yang istimewa.
Dari 1 September hingga 30 September 2024, pengguna yang memuat turun serta menggunakan aplikasi inDrive boleh menikmati diskaun sebanyak 10 peratus ke atas jumlah bil mereka serta Cendol percuma di lapan cawangan Kedai Kopi Malaya seluruh Lembah Klang.
Promosi ini tertakluk kepada pengguna inDrive yang layak boleh menebus ganjaran ini dengan menunjukkan sejarah perjalanan mereka di cawangan yang terlibat.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari halaman Facebook inDrive atau Facebook Kedai Kopi Malaya bermula hari ini.