Carian
Nespresso Hadir Dengan Kapsul Baharu Yang Sesuai Untuk Memulakan Rutin Pagi – Peppermint Pinwheel, Gingerbread Dan Pumpkin Spice Cake
August 28, 2024 Lina Rosli

Berdasarkan pekongsian, secara umumnya, 69% individu menikmati kopi pada waktu pagi dan sebahagian daripadanya pula akan mendapatkan kopi sama ada sebelum atau semasa sarapan.

Menyedari akan kepentingan ini, kempen Unforgettable Mornings oleh Nespresso menekankan kepentingan memulakan hari dengan niat dan kegembiraan, mengajak pencinta kopi untuk meluangkan masa untuk diri mereka sendiri setiap pagi.

Untuk kempen ini, Nespresso telah hadir dengan beberapa pilihan kapsul baharu iaitu Pumpkin Spice Cake untuk kedua-dua rangkaian Original dan Vertuo, serta kopi Peppermint Pinwheel dan Gingerbread untuk rangkaian Vertuo.

Bukan itu sahaja, bersempena kempen ini juga, Nespresso turut hadir dengan barangan kelengkapan seperti NOMAD Travel Mug, NOMAD Tumbler, dan Loop Coffee Mug untuk menikmati kopi di mana sahaja.

Sebagai sebahagian daripada sambutan rutin pagi ini, Nespresso akan bekerjasama dengan The Flow Studio, studio yoga dan pilates tempatan, untuk mengambil alih enam studio mereka di seluruh negara selama 30 hari, dari 2 Sep hingga 1 Okt 2024, bertepatan dengan Hari Kopi Antarabangsa.

Sepanjang pengambilalihan selama sebulan ini di cawangan The Flow Studio di seluruh Malaysia—termasuk di Bangsar, KLGCC, Bukit Jalil, Damansara Heights, Taman Tun Dr Ismail, dan Gurney Walk di Pulau Pinang— pelbagai keistimewaan Unforgettable Mornings akan ditawarkan.

Keistimewaan ini direka untuk menggalakkan peserta kelas mengutamakan kesejahteraan diri, memulakan pagi mereka dengan menikmati kopi, dan kekal selaras dengan diri mereka sepanjang hari. Bagi yang menyertai sesi yoga dan pilates mereka antara pukul 6 pagi dan tengah hari, anda boleh menikmati kopi Nespresso secara percuma sebelum dan selepas sesi.

Bukan itu sahaja, pengunjung yang menghadiri sekurang-kurangnya enam kelas pagi pada hari minggu sepanjang kempen ini berpeluang memenangi pelbagai hadiah, termasuk mesin Nespresso Vertuo Pop, diskaun 20% untuk pembelian mesin, kredit kopi RM100, dan aksesori Nespresso.

Bagi meningkatkan keterlibatan dalam kempen ini, ahli Kelab Nespresso akan menikmati diskaun 30% untuk semua kelas drop-in mat dan reformer, serta potongan RM50 bagi setiap pembelian pakej 10 kelas kumpulan sepanjang tempoh kempen di studio tersebut.

Komen