Straumann merupakan salah satu jenama pengeluar implan terbesar di dunia – kini mengumumkan kejayaannya selama 70 tahun mencipta inovasi. Terkenal sebagai perintis kemajuan dalam bidang pergigian, Straumann berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama implantologi ikonik dalam kalangan komuniti pergigian.
Antara penawaran dari Straumman termasuklah implan pergigian, penyelesaian regeneratif dan penyelesaian digital lain seperti pelaras ClearCorrect.
Selain penawaran produk, Straumann juga turut menyediakan perkhidmatan hujung-ke-hujung yang menyeluruh dan sokongan selepas jualan yang mantap untuk memastikan pelanggan anda pulang dengan senyuman.

Untuk pengetahuan anda, di Malaysia hampir 40% rakyat Malaysia menderita akibat masalah pergigian yang tidak dirawat, di mana ia menjejaskan keseluruhan kesihatan dan kualiti hidup mereka.
Selain itu, tahap kesihatan oral yang rendah di Malaysia turut menjejaskan kesejahteraan sosial dan ekonomi individu kerana masalah kesihatan oral berkait dengan kadar pengangguran yang lebih tinggi dan pengurangan produktiviti.
Oleh itu, Straumann memainkan peranan penting dalam usaha mentransformasikan penjagaan pergigian, dipacu oleh komitmennya terhadap standard pembuatan dan kejuruteraan Swiss serta budaya penyelidikan, inovasi, dan pendidikan yang mantap.
Sejak diasaskan pada tahun 1954 hinggalah pembangunan teknologi canggih dalam bidang implantologi dan pergigian digital, sejarah Straumann penuh dengan pencapaian signifikan yang telah membentuk industri pergigian.

Kejayaan yang dicatatkan oleh jenama itu dalam bidang penyelidikan dan sains menerusi implantologi dan penubuhan Pasukan Implantologi Antarabangsa (penyedia geran pendidikan dan kajian terkemuka dalam bidang implan pergigian untuk profesional pergigian di seluruh dunia) sehingga IPO dan pengembangannya ke peringkat global sememangnya luar biasa.
Perjalanan ini telah membawa kepada pelbagai inovasi yang ditunjangi oleh kejuruteraan premium Swiss, mempamerkan komitmennya untuk terus meningkatkan tahap penjagaan pergigian dan menunjukkan semangat keusahawanan yang tinggi.

Bukan itu sahaja, Straumann juga hadir dengan penyelesaian latihan dan platform menyeluruh untuk para pakar pergigian menerusi Straumann Campus Live direka khusus bagi menyediakan pendidikan dan sokongan yang diperlukan untuk meningkatkan skala komuniti pergigian dengan teknologi terkini. Sumbernya yang pelbagai boleh diakses secara digital, tanpa mengira sempadan geografi menerusi bengkel amali dan kerjasama dengan universiti terkemuka di dunia.
Untuk inovasi yang seterusnya, Straumann menumpukan kepada penyelesaian, perkhidmatan, dan sistem yang bersepadu dan terbuka, semuanya bertujuan untuk meningkatkan pengalaman para pengamal dan pesakit, dengan memberikan penekanan kepada kualiti produk, kecemerlangan sains dan klinikal yang dibantu oleh pengupayaan teknologi.