Berada di tengah-tengah kesibukan ibu kota Malaysia, Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur bakal menyertai barisan pencakar langit di kotaraya itu menjelang penghujung tahun ini.
Terletak berhampiran dengan Menara Berkembar KLCC yang ikonik dan tidak jauh dari Menara KL, hotel mewah setinggi 21 tingkat itu merupakan Hyatt Centric pertama di Semenanjung Malaysia dan kedua di negara ini yang dimiliki oleh Hap Seng Consolidated Bhd selepas Hyatt Centric Kota Kinabalu.
Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur yang direka oleh Silverfox Studios bertujuan untuk memberi inspirasi kepada penjelajah bandar untuk mengalami sendiri gabungan pengaruh moden dan tradisional di kota raya itu.
Lokasinya yang strategik di tengah-tengah destinasi tumpuan menghubungkan para tetamu dengan kawasan beriadah seperti Taman Eko-Rimba KL, kawasan membeli-belah Segi Tiga Emas iaitu Pavillion KL dan KLCC, dan pelbagai pilihan restoran yang menyediakan beraneka jenis hidangan dari seluruh dunia.
Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur menampilkan gabungan 312 bilik, ruang terbuka yang direka dengan teliti, dan tiga konsep ruang makan yang unik mengambil inspirasi daripada pelbagai budaya yang mekar di seluruh Kuala Lumpur.
Tiga pengalaman menjamu selera yang bakal ditawarkan di hotel itu ialah IL Forno – restoran Itali yang menampilkan pelbagai hidangan pasta serta pizza yang dibuat menggunakan tangan, TanBuri – konsep menjamu selera kasual yang menyajikan hidangan Tandoori dengan gaya donburi, dan @21 – lounge serta bar kolam di atas bumbung yang menawarkan minuman istimewa dengan cita rasa tempatan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hyatt Centric dan tawaran istimewa sempena pembukaan hotel itu anda boleh layari laman rasmi Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur.
Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur kini boleh mula ditempah untuk penginapan dengan tawaran eksklusif ahli World of Hyatt dan pakej pembukaan Explore the C yang termasuk sarapan harian, lawatan sehari bas Hop-On Hop-Off, 500 mata bonus World of Hyatt, dan kit hotel yang menarik. Tempoh tempahan untuk tawaran pembukaan berakhir pada 30 November 2024.