Di mana suara hampir tidak ada, jadinya apa yang dapat anda dengar? Untuk pengetahuan anda, terdapat satu ruang anechoic atau ruang tanpa gema di dunia ini telah direkodkan di dalam Guinness World Recod sebagai tempat paling senyap di dalam dunia – iaitu di Orfield Laboratories yang terletak di bandar Minneapolis, Amerika Syarikat.
Di ruang berkenaan, tahap bunyi yang kedengaran adalah -24.9 dBA yang mana tempat ini adalah ruang yang tanpa suara yang cukup ekstrem.
Untuk pengetahuan anda, sebelum ini pada tahun 2024, Orfield Laboratories turut telah memegang rekod untuk tempat paling senyap di dunia dengan bacaan bunyi -9.4 dBA – dan kini bilik tersebut telah melalui beberapa peningkatan iaitu -13 dBA pada tahun 2012 dan kini -24.9 dBA pada tahun 2024.
Sebelum mencapai angka terbaru, ruang ini kehilangan gelarannya pada tahun 2015 apabila sebuah bilik anechoic di Ibu Pejabat Microsoft di Washington, USA, mencatatkan tahap bunyi sekitar -20.35 dBA.
Apakah Yang Menjadikan Ruang Ini Tiada Bunyi Atau Tiada Gema?
Orfield Laboratories ini dilengkapi lapisan akustik serat kaca setebal 3.3 kaki, dinding berganda yang diperbuat daripada keluli terasing serta konkrit setebal satu kaki – yang membantu ruang ini menyerap 99.99% daripada bunyi.
Dan ini sekaligus membuatkan para pengunjung yang masuk ke dalam ruang ini boleh mendengar darah mengalir melalui urat mereka, mendengar kelopak mata mereka tutup dan terbuka ketika berkelip, dan berasa rasa pening apabila berada di dalamnya terlalu lama.
Selain itu, Orfield Laboratories turut digunakan untuk ujian produk dan penyelidikan. Sebelum ini, jenama motosikal Harley-Davidson menggunakan bilik ini untuk membuat motosikal mereka lebih senyap sambil mengekalkan bunyi ikonik mereka.
Malah pengeluar mesin basuh Whirlpool, menggunakannya untuk mengembangkan metafora tentang apa yang sepatutnya didengar sewaktu membasuh pakaian.