Carian
Coway Malaysia Memperluaskan Penawaran Produk: Dari Penapis Air Ke Suplemen Makanan
September 9, 2024 Lina Rosli

Sejak sekian lama, Coway telah menjadi lambang inovasi dalam produk-produk yang menjaga kesihatan dan kesejahteraan rumah. Bermula dengan penapis air, jenama ini telah menjadi pilihan utama untuk individu atau isi rumah yang mementingkan kualiti air yang diminum sekeluarga.

Kemudian, diperluaskan kepada penapis udara pula, ia memperkukuhkan lagi reputasi Coway sebagai jenama yang memahami keperluan setiap isi rumah dalam memastikan persekitaran yang bersih dan nyaman.

Bukan sekadar itu, Coway terus berkembang dalam memenuhi keperluan gaya hidup yang semakin canggih, mereka mula memperkenalkan produk-produk seperti kerusi urut, set bilik tidur seperti tilam dan katil serta penyaman udara. Setiap produk baharu ini mencerminkan pemahaman Coway tentang betapa pentingnya kesejahteraan fizikal dan mental dalam kehidupan moden.

Dan kini, langkah terbaharu Coway membawa kita ke satu lagi dimensi dalam usaha mereka untuk menjaga kesejahteraan pelanggansuplemen makanan.

Menyedari betapa pentingnya penjagaan kesihatan dari dalam, Coway hadir dengan dua suplemen makanan untuk wanita dan juga lelaki menerusi pengenalan produk Dalton-5 Collagen dan Prostair, dua produk yang direka untuk menyokong kesihatan dalaman serta meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan.

Dalton-5 Collagen – Suplemen Premium Kolagen untuk Kulit Lebih Anjal dan Berseri

Dalton-5 Collagen diformulasikan untuk membantu mengekalkan keanjalan dan kesihatan kulit para wanita agar tampak lebih awet muda dan bertenaga.

Diperkaya dengan lima bahan utama iaitu MAXICOLLAGENTM Marine Collagen (500 Da), Ekstrak ros epal, ekstrak ros, ekstrak buah delima dan Vitamin C, Dalton-5 Collagen membantu memperbaharui kulit, mengurangkan kedutan dan garis halus, malah turut meningkatkan kelembapan dan keanjalan kulit.

Kelebihan Dalton-5 Collagen:

  1. Meningkatkan kolagen kulit – Seiring dengan usia, pengeluaran kolagen dalam tubuh kita semakin berkurang, menyebabkan kulit kehilangan keanjalan dan kekencangan. Dalton-5 Collagen bertindak dengan meningkatkan kadar kolagen, menjadikan kulit lebih anjal dan tegang.
  2. Melembapkan kulit secara mendalam – Kulit yang kering boleh menyebabkan penampilan yang kusam dan tidak bermaya. Dalton-5 Collagen diformulasi untuk memberikan kelembapan mendalam, menjadikan kulit terasa lebih lembut dan licin.
  3. Mengurangkan kedutan dan garis halus – Salah satu tanda penuaan yang paling ketara ialah kemunculan kedutan dan garis halus. Dengan pengambilan Dalton-5 Collagen secara konsisten, anda boleh melihat perubahan positif apabila kedutan mula berkurangan dan kulit kembali muda.
  4. Perlindungan Antioksidan – Selain daripada manfaat kolagen, Dalton-5 turut kaya dengan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas. Ini bukan sahaja melindungi kulit daripada kerosakan, malah memastikan kulit kekal sihat dan berseri.

Bagi yang berminat, Dalton-5 Collagen tidak ditawarkan menerusi pelan langganan – tetapi anda boleh mendapatkannya melalui pembelian individu iaitu pada harga RM270 untuk satu kotak (mempunyai 30 pek berasingan di dalamnya).

Prostair 5-in-1 – Suplemen Serba Lengkap Untuk Kesihatan Prostat Dan Penjagaan Rambut

Coway turut memperkenalkan Prostair 5-in-1, suplemen makanan yang unik dan pertama seumpamanya di Malaysia.

Dengan gabungan eksklusif ekstrak Happy Angel dari stamen bunga pisang, maca, likopen, zink dan Biotin, Prostair menawarkan solusi lengkap untuk kesihatan prostat, penjagaan rambut, dan kesejahteraan tubuh – khusus untuk para lelaki.

Kelebihan Eksklusif Prostair 5-in-1

  1. Happy Angel Banana Flower Stamen Extract – Ekstrak eksklusif ini mengandungi 1,000 mg bahan aktif yang telah terbukti secara klinikal membantu dalam menjaga kesihatan prostat. Happy Angel juga memberi kesan positif terhadap keseimbangan hormon, menjadikannya bahan penting dalam Prostair.
  2. Maca – Dikenali sebagai ‘ginseng Peru,’ Maca adalah adaptogen semula jadi yang meningkatkan tenaga dan stamina. Maca juga membantu dalam meningkatkan kesuburan dan fungsi seksual, menjadikannya tambahan yang hebat untuk kesihatan lelaki.
  3. Likopen – Agen antioksidan yang membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas. Likopen juga terkenal dengan manfaatnya dalam mengurangkan risiko kanser prostat.
  4. Zink – Mineral penting yang menyokong fungsi sistem imun, membantu dalam penyembuhan luka dan memainkan peranan dalam sintesis DNA. Di samping itu, zink adalah penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat dan kuat.
  5. Biotin – Bertindak sebagai ‘vitamin kecantikan,’ biotin membantu dalam penghasilan keratin yang penting untuk rambut dan kuku yang kuat. Pengambilan biotin secara konsisten dapat membantu mencegah keguguran rambut dan mempromosikan rambut yang lebih tebal.

Bagi yang berminat, Coway Prostair adalah pilihan yang optimum bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan prostat, rambut, dan kesejahteraan keseluruhan. Harga sekotak bagi suplemen ini adalah RM240 yang mempunyai bilangan 30 pek individu.

Teknologi Double Nutri® untuk Penyerapan Maksimum

Salah satu ciri utama yang menjadikan Dalton-5 Collagen dan Prostair lebih unggul ialah teknologi Double Nutri® yang digunakan dalam penghasilan produk ini.

Dengan saiz molekul yang lebih kecil daripada sel darah merah, bahan-bahan dalam suplemen makanan dapat diserap dengan lebih cepat dan berkesan oleh tubuh. Ini memastikan setiap hidangan Dalton-5 Collagen dan Prostair memberikan manfaat yang optimum kepada pengguna.

Komen