ANTA Malaysia kini memperkenalkan kedai konsep ANTA Basketball pertamanya di Sunway Pyramid. Di butik kasut ini, ia menawarkan pelbagai pilihan kasut, pakaian, dan aksesori eksklusif yang memfokuskan kepada sukan bola keranjang.
Antara yang menarik adalah penawaran produk kasut baharu, ANTA KAI 1 Kaleidoscope yang baru sahaja dilancarkan. Selain itu, kedai ini juga mempamerkan koleksi bola keranjang yang luas, termasuk koleksi eksklusif mereka dengan bintang bola keranjang Kyrie Irving. Ia menampilkan kasut dan pakaian ikonik beliau yang menggabungkan gaya dan prestasi.

Menurut Pengurus Besar ANTA Malaysia, pembukaan kedai ini merupakan satu pencapaian penting dalam komitmen jenama untuk menyokong komuniti bola keranjang tempatan.
Tambahnya, di Malaysia mempunyai ramai peminat bola keranjang dan dengan kehadiran kedai konsep ini, ia dijangka akan membantu mendekatkan mereka dengan sukan yang mereka gemari.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan koleksi sukan bola keranjang, anda boleh berkunjung ke ANTA Basketball yang terletak di Lot G1.107, Sunway Pyramid. Untuk kemas kini dan promosi terkini, layari laman web rasmi my.anta.com mulai hari ini.