Carian
HABIB Memperkenalkan Koleksi Barangan Kemas Emas 999 Yang Menggunakan Teknik Emas 5G Dan 5D
September 9, 2024 Lina Rosli

Emas bukan sahaja melambangkan kemewahan dan keindahan abadi, tetapi juga berfungsi sebagai pelaburan yang bernilai tinggi. Bagi yang tidak mengetahui, dalam kalangan pelbagai jenis emas yang tersedia di pasaran, emas 999 atau lebih dikenali sebagai emas 24 karat merupakan pilihan yang popular – lebih-lebih lagi bagi mereka yang mementingkan kualiti dan ketulenan barang kemas.

Oleh itu, HABIB hadir dengan koleksi barangan kemas emas 999 yang mempesonakan, yang bukan sahaja menawarkan si pemakai dengan daya maksimalis yang bergaya, tetapi juga berfungsi sebagai aset pelaburan jangka masa panjang yang bernilai.

Apa yang menarik, untuk koleksi ini, HABIB menggunakan teknik emas 5G dan 5D yang terkini iaitu proses pembuatan nyalaan terbuka yang menguatkan dan mengukuhkan struktur atom dalaman logam. Menerusinya, ia dapat memastikan setiap barangan kemas emas 999 mempunyai keteguhan yang luar biasa sambil mengekalkan ketulenan emasnya, menjadikannya selesa untuk dipakai secara harian.

Apa Perbezaan Emas 999 Dengan Emas Lain?

Emas 999 merujuk kepada emas yang mempunyai kandungan emas sebanyak 99.9%, menjadikannya emas yang paling tulen. Dalam konteks ini, emas 24 karat adalah istilah yang sering digunakan untuk menggambarkan emas 999.

Ketulenan ini memberikan warna yang lebih kaya dan kilauan yang lebih terang, menjadikannya sangat dicari dalam pembuatan barangan kemas.

Sebaliknya, emas yang mempunyai nombor karat yang lebih rendah, seperti emas 916 (22 karat) atau emas 750 (18 karat), mengandungi logam lain yang ditambahkan untuk meningkatkan ketahanannya.

Sebagai contoh, emas 916 mempunyai 91.6% emas tulen dan selebihnya terdiri daripada logam lain seperti tembaga atau perak. Campuran ini menjadikan emas 916 lebih kuat dan lebih sesuai untuk kegunaan harian, tetapi ia tidak mempunyai kilauan yang sama dengan emas 999.

Koleksi Emas 999 HABIB – Untuk Tahun 2024

Terdapat 3 koleksi yang ditampilkan oleh HABIB untuk siri koleksi emas 999. Kesemuanya hadir dengan seni yang berbeza, bermula dari keindahan bunga hingga kepada pencinta alam dan fesyen minimalis.

Koleksi Mekar

Terinspirasi oleh keindahan flora, Koleksi Mekar menawarkan barangan kemas yang direka dengan teliti untuk menambah pesona pada setiap penampilan. Sama ada rantai, cincin, anting-anting, atau gelang tangan, setiap rekaan mencerminkan keindahan bunga dalam bentuk emas 999 yang mekar.

Keanggunan Fauna

Bagi mereka yang lebih meminati motif alam semula jadi, koleksi yang diinspirasikan oleh fauna ini adalah pilihan yang sempurna. Rekaan seperti sayap rama-rama yang berkilauan atau pesona bintang laut, semuanya direka untuk menonjolkan keindahan semulajadi dengan sentuhan emas tulen.

Glamor Moden & Gaya Minimalis

Bagi penggemar fesyen yang lebih mengutamakan gaya moden dan minimalis, koleksi emas 999 HABIB menawarkan pelbagai pilihan kontemporari yang sesuai dengan gaya hidup masa kini. Penampilan yang sederhana boleh dilapiskan untuk mencipta gaya yang lebih menarik dan memukau.

Dengan ketulenan yang luar biasa dan teknik pembuatan inovatif seperti 5G dan 5D, emas 999 dari HABIB bukan sahaja menawarkan daya tarikan estetik yang menawan tetapi juga ketahanan yang menjadikannya sesuai untuk dipakai setiap hari. Sama ada untuk pelaburan jangka panjang atau untuk menambah seri pada penampilan harian, emas 999 adalah pilihan yang tepat dan berbaloi.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan koleksi Emas 999 HABIB, dapatkannya di cawangan HABIB berdekatan anda di seluruh Malaysia.

Komen