Bagi penggemar pastri seperti kek, tart dan juga croissant, nampaknya anda boleh mula mengemaskini senarai jelajah anda kerana sebuah kedai Patisserie dari Ipoh kini telah meluaskan penawaran mereka ke Lembah Klang, iaitu Être Patisserie.
Diasaskan oleh Chef Ann, Être Patisserie menampilkan pilihan pastri yang beraneka jenis yang boleh anda nikmati bersama rakan dan keluarga – memenuhi setiap citarasa dan selera.
Antara hidangan yang boleh anda dapatkan termasuklah kek bersaiz penuh yang sesuai untuk majlis istimewa, Viennoiserie seperti croissant dan juga roti, Petit Gateaux untuk mereka yang menggemari kek mini dengan rasa yang halus dan pelbagai jenis biskut yang rangup.
Bukan itu sahaja, Être Patisserie juga menyediakan perkhidmatan katering untuk acara-acara istimewa ditawarkan pada harga bermula RM5.50 seunit untuk setiap pastri.
Apa yang menarik, bagi setiap hidangan di Être Patisserie, ia dihasilkan tanpa pengawet, dan diolah dengan bahan-bahan terbaik – tidak mengandungi daging babi dan lemak babi.
Berikut adalah barisan menu yang boleh anda nikmati di Être Patisserie:
Croissants dan Pastri
- Croissant Bundle 1: RM66.60
- Croissant Bundle 2: RM76.00
- Espresso Cocoa Croissant: RM15.70
- Chicken Slice & Cheese Croissant: RM17.90
- Almond Croissant: RM17.90
- Plain Croissant: RM10.60
- Kouign-Amann: RM10.10
- Pain Au Chocolat (Brownies): RM14.60
- Pain Au Pistachio: RM16.80
- Palmier: RM11.20
Hidangan Savory
- Truffles Egg Mimosa: RM28.00
- Chicken Sandwich: RM28.00
- Tuna Sandwich: RM28.00
- Mushroom Quiche: RM16.80 – RM104.00
- Smoked Duck Quiche: RM17.90 – RM113.00
Manisan
- Cinnamon Rolls: RM10.10
- Four Cheese: RM13.40
- French Egg Tart: RM13.40
- Truffle Bar: RM16.80
Bercakap mengenai suasana dan juga reka susun Être Patisserie pula, ia menampilkan ruang makan kafe yang elegan dan minimalis – menggunakan warna-warna neutral seperti putih, krim dan beige.
Gabungan warna ini memastikan suasana yang santai dan menyenangkan, menjadikannya tempat yang ideal untuk menikmati hidangan pastri bersama secawan kopi atau matcha sambil menikmati rekaan yang moden dan bersih.
Bagi anda yang ingin berkunjung ke Être Patisserie, kafe ini terletak di tengah-tengah bandar metropolitan iaitu di Jalan Cendana off Jalan Sultan Ismail, Kampung Baru, 50250 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ia dibuka bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.