Auntie Anne’s Memperkenalkan Minyak Wangi Edisi Terhad Dengan Aroma Seperti Pretzel
Lina Rosli
Jika anda peminat setiap bagel dan juga pretzel dari Auntie Anne’s, pasti anda akan teruja dengan pengenalan minyak wangi edisi terhad mereka iaitu Knead – wangian dengan aroma seperti pretzel segar.
Menerusi laman web Auntie Anne’s Swag, jenama ini nampaknya telah sedia menawarkan variasi jenis barangan seperti tshirt eksklusif, beg, stokin, botol air dan juga cawan. Dan baru-baru ini, jenama ini melangkah ke dunia kecantikan dengan memperkenalkan minyak wangi edisi terhad ini.

Minyak wangi ini menawarkan pengalaman deria yang unik, diinspirasikan oleh aroma pretzel segar seperti baru sahaja keluar dari ketuhar. Setiap semburan menggabungkan elemen manis dan masin yang ikonik, mengingatkan anda pada kenikmatan memakan pretzel panas di kedai Auntie Anne’s.
Walau bagaimanapun, disebabkan minyak wangi ini bukanlah produk biasa yang ditawarkan di semua cawangan dan hanya terhad untuk pasaran luar dan bukan Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, minyak wangi “Knead” ini dijual pada harga $25 untuk sebotol 1 oz dan telah habis dijual dalam masa yang singkat. Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut atau menantikan stok seterusnya, kunjungi laman rasmi Auntie Anne’s Swag.